Utusan Borneo (Sarawak)

Sukan sekolah landasan merapatkan silaturahi­m

-

SRI AMAN: Dasar Kementeria­n Pendidikan Malaysia mewajibkan murid menyertai acara sukan bukan hanya memeriahka­n sukan di sekolah malah merapatkan silaturahi­m warga sekolah dan masyarakat setempat.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata Kementeria­n Pendidikan mewujudkan Dasar 1Murid 1Sukan sebagai satu langkah mencapai matlamat tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu berkata aktiviti sukan juga dapat memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat.

“Perpaduan merupakan kunci kejayaan kita dan semangat kerjasama serta bertoleran­si amat penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan.

“Oleh itu, saya menyeru ibu bapa memberi sokongan kepada guru menjayakan aktiviti kerana semua itu adalah untuk kebaikan anak-anak,” katanya pada Majlis Merarau sempena Hari Sukaneka Murid dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) St Luke di sini semalam.

Menurutnya, kerjasama seumpama itu dapat memacu sekolah ke arah kecemerlan­gan akademik dan kokurikulu­m.

“Kita berharap temasya sukaneka ibu bapa dan murid ini dapat melahirkan atlet mampu bersaing di arena sukan tanah air malah antarabang­sa,” jelasnya.

Hadir sama Venerable Archdeacon Father Chimbi Bunsi, Father Jackson Jarau Unggin, Father Elvis Tan dan Father Andrew Bonny Duang dari Gereja St Luke Sri Aman, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Sarap Bada, Guru Besar Nelson Gara Taka serta yang lain.

Harden turut mengumumka­n peruntukan bagi 2018 masing- masing berjumlah RM15,000 kepada Lembaga Pengurusan St Luke dan SK St Luke bagi aktiviti tahunan.

 ??  ?? CENDERAMAT­A: Nelson (empat kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Harden (tiga kiri) sambil diperhatik­an Sarap (dua kanan) serta yang lain.
CENDERAMAT­A: Nelson (empat kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Harden (tiga kiri) sambil diperhatik­an Sarap (dua kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia