Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n, era teknologi bukan penghalang semangat setia kawan

-

SIBU: Kerancakan arus pembanguna­n semasa dan era teknologi seharusnya tidak menjadi batu penghalang mengukuhka­n semangat setia kawan termasuk kerjasama dalam kawasan kejiranan.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh berkata, sesebuah komuniti boleh menjadikan persatuan sebagai platform memupuk semangat kejiranan utuh.

“Lebih baik kita terus hidup dalam semangat kekampunga­n, amalan gotong- royong, kerjasama dan saling prihatin antara satu sama lain kerana ia dapat menjaga keamanan dan keselamtan dalam kawasan kejiranan kita.

“Masyarakat bersatu padu akan membantu memberi imej yang baik untuk bandar Sibu,” katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke- 20 Persatuan Komuniti Grand Height (GHGCA) dan Pesta Tanglung di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Pada majlis itu, seramai 29 pelajar cemerlang dalam peperiksaa­n UPSR, PT3, SPM dan STPM telah menerima insentif sebagai penyuntik semangat untuk lebih maju dalam pembelajar­an mereka.

Dalam pada itu, Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua memuji kepimpinan GHGCA yang cemerlang, lebih- lebih lagi mendapat sokongan daripada penduduk kawasan itu.

Beliau menegaskan bahawa mereka telah mencapai visi dengan mengekalka­n semangat bersatu padu dan menyelesai­kan masalah dalam kebersamaa­n.

Mereka telah memberi contoh yang baik kepada masyarakat berbilang kaum di negeri ini dan boleh contoh baik itu boleh ditiru masyarakat lain, tambahnya.

“Saya yakin dengan semangat kejiranan utuh dan perpaduan masyarakat berbilang kaum, Taman Grand Heights akan terus maju dan dibangun dalam masa akan datang untuk kepentinga­n bersama.

“Pelbagai aktiviti telah dianjurkan setiap tahun oleh persatuan ini termasuk aktiviti sukan dan khidmat komuniti yang dapat memu- puk amalan hidup lebih sihat dan harmoni dalam kalangan penduduk,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya Pengerusi GHGCA Tiong Chong Ting berkata beliau akan terus memberi khidmat bakti terbaik buat komuniti Grand Height untuk manfaat semua.

Dengan pencapaian dan kejayaan setakat ini, beliau berharap ahli persatuan itu tidak cepat berpuas hati dengan melepaskan tanggungja­wab mereka sewenangny­a.

Pengerusi Pengasas GHGCA Lau Liong Kii, Penasihat Tetap Kehormat GHGCA Tan Sri Datuk Tiong Su Kouk yang diwakili oleh anaknya, Joseph Tiong dan pengerusi penganjur Kapitan Hii Toh Ping antara yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia