Utusan Borneo (Sarawak)

Polis keluarkan wajah 50 individu dikehendak­i

-

KUALA TERENGGANU: Polis semalam mengeluark­an wajah 50 individu dikehendak­i bagi membantu siasatan berhubung kes yang mendatangk­an kecederaan dan rogol di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu, ACP Fazlisyam Abdul Majid berkata kesemua individu terbabit berumur lingkungan 30 hingga 50 tahun, dan kebanyakan mereka berasal dari daerah Besut.

“Daripada jumlah itu, 49 adalah lelaki dan seorang wanita. Ada juga dalam kalangan orang dikehendak­i ini merupakan adik-beradik. Mereka dinasihatk­an tampil menyerah diri di manamana balai polis berhampira­n atau polis akan memburu mereka.

“Orang ramai dan ahli keluarga juga diminta tampil membantu polis memberi maklumat berkenaan orang yang dikehendak­i ini bagi mempercepa­tkan proses siasatan kes-kes berkaitan supaya kita dapat mengambil tindakan selanjutny­a,” kata beliau kepada pemberita di sini semalam.

Dalam pada itu, Fazlisyam berkata dua daripada 30 individu dikehendak­i berkaitan kes bunuh dan samun yang dihebahkan menerusi media massa minggu lepas, telah tampil menyerah diri.

“Hasil hebahan menerusi media massa, ada juga ahli keluarga daripada individuin­dividu yang dikehendak­i ini tampil untuk berunding dengan polis agar ahli keluarga yang terlibat dapat menyerah diri,” katanya.

Beliau berkata JSJ Terengganu dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik juga berjaya menahan 30 penjenayah yang dikehendak­i menerusi 64 serbuan dalam Ops Cantas yang diadakan bermula 28 Sept lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia