Utusan Borneo (Sarawak)

HPPNK 2017 catat jualan 900 peratus mengatasi sasaran

-

SERDANG: Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2017 (HPPNK 2017) mencapai kejayaan gemilang dengan mencatatka­n jualan sebanyak 900 peratus berbanding sasaran yang ditetapkan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, sasaran jualan bagi empat hari penganjura­n HPPNK 2017 ialah RM30 juta namun nilai jualan dari segi dagangan dan transaksi bank mencatatka­n RM271 juta.

“Sejak HPPNK bermula Khamis lepas sehingga 5 petang hari ini (semalam), nilai jualan dagangan yang dicatatkan ialah RM41 juta sementara transaksi bank sepanjang tempoh yang sama ialah RM 230 juta.

“Ini bermakna jumlah keseluruha­n jualan ialah RM271 juta,” katanya ketika berucap merasmi penutupan HPPNK 2017 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang di sini, semalam.

Mengenai jumlah pengunjung HPPNK 2017, Ahmad Shabery berkata sehingga jam 5.30 petang semalam, seramai 500,000 orang mengunjung­i acara itu yang melebihi sas- aran 400,000 orang.

“Jumlah pengunjung dijangka meningkat kerana HPPNK 2017 akan berakhir pada jam 10 malam ini,” katanya.

Mengenai Agro Job Fair yang diadakan sepanjang penganjura­n HPPNK 2017, Ahmad Shabery memberita- hu sebanyak 1,500 pekerjaan yang berkaitan dengan dunia pertanian telah ditawarkan terus kepada pemohon.

Memandangk­an HPPNK tidak diadakan tahun depan kerana ia merupakan acara dua tahun sekali, beliau berkata Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan AgroPelan- congan Malaysia (MAHA) 2018 diadakan pada cuti sekolah November tahun depan dengan skala lebih besar, menarik dan ceria.

“Ia merupakan manifestas­i sokongan rakyat Malaysia terhadap golongan peladang, penternak dan nelayan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BAKAT: Ahmad Shabery (dua, kanan) menunjukka­n bakat memasak selepas melancarka­n Mobile Kiosk di pusat pameran hasil pertanian sempena Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK2017) semalam.
— Gambar Bernama BAKAT: Ahmad Shabery (dua, kanan) menunjukka­n bakat memasak selepas melancarka­n Mobile Kiosk di pusat pameran hasil pertanian sempena Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK2017) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia