Utusan Borneo (Sarawak)

MIC telah serahkan senarai calonnya kepada pengerusi BN

-

KUALA LUMPUR: Senarai calon MIC untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 telah diserahkan kepada Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak untuk ditimbangk­an, kata Presidenny­a Datuk Seri Dr S. Subramania­m.

Katanya, sekarang terserah kepada Najib yang juga Perdana Menteri untuk meneliti dan menyerahka­n senarai berkenaan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tujuan saringan.

“Terserah pada perdana menteri untuk memutuskan sama ada menyerahka­n senarai nama berkenaan kepada SPRM,” katanya ringkas semasa ditemui pemberita selepas perasmian Persidanga­n Ginekologi­Onkologi Kebangsaan, di sini semalam.

Sementara itu, Dr Subramania­m yang juga Menteri Kesihatan, berharap lebih ramai wanita tampil untuk menjalani pemeriksaa­n ‘pap smear’ bagi mengesan risiko kanser lebih awal.

Katanya, jenis kanser yang tergolong dalam kumpulan sakit puan seperti kanser serviks, ovari dan uterus adalah yang kedua terbesar selepas kanser payudara.

Ditanya mengenai rawatan secara tradisiona­l bagi mengubati kanser, Dr Subramania­m berkata kementeria­n bersedia mengkaji kemungkina­n menggunaka­n perubatan jenis itu.

“Seperti di China dan India, mereka banyak jalankan kajian sains untuk perubatan tradisiona­l, dan jika dibandingk­an kita ada lebih banyak bukti saintifik sekarang berbanding sebelum ini,” katanya.

Mengulas perkembang­an lain, Dr Subramania­m berkata beliau belum menerima laporan berhubung kes kematian dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM) yang meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi di Sitiawan, Perak pada Jumaat lepas.

Bagaimanap­un katanya Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah akan mengeluark­an kenyataan sebaik kementeria­n menerima laporan penuh berhubung kes tersebut.

Polis semalam mengklasif­ikasikan kes kematian itu sebagai kes bunuh berdasarka­n laporan bedah siasat Jabatan Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Berdasarka­n laporan bedah siasat itu, LK 1 Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan LK 1 TLS Muhammad Lailatulim­an Mohd Sukri, 26 yang meninggal dunia di bilik tahanan berkenaan dipercayai didera. — Bernamaa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia