Utusan Borneo (Sarawak)

Protes prodemokra­si gegar lagi HK

Sambutan hari kebangsaan China menyaksika­n ribuan berarak seru kebebasan

-

HONG KONG: Ribuan berarak di jalanan Hong Kong semalam sempena hari kebangsaan China dengan rapat umum prodemokra­si dan menyatakan peningkata­n kebimbanga­n bahawa kebebasan bandar raya itu kini diancam Beijing.

Protes yang digelar ‘rali antiautori­tarian’ itu juga dianjurkan susulan penahanan baru- baru ini aktivis prodemokra­si terkemuka termasuk seorang bekas penggubal undang-undang, yang membangkit­kan semula sentimen anti-China.

Sejumlah aktivis lain termasuk anggota pengasas protes prodemokra­si pada 2014, yang menyekat lebuh raya selama 79 hari, turut berdepan dakwaan dan kemungkina­n hukuman penjara.

“Pemerintah­an autoritari­an sudahpun menjadi realiti di Hong Kong,” Benny Tai, salah seorang pengasas pergerakan, menyatakan kepada para penunjuk perasaan.

“Kita mengadakan protes hari ini kerana kita berharap lebih ramai rakyat Hong Kong akan melihat wajah sebenar kerajaan,” tambah profesor undang-undang itu.

Para peserta rali semalam menyasari kecaman mereka terhadap pemimpin bandar raya Carrie Lam dan setiausaha kehakiman Rimsky Yuen, selain Presiden Xi Jinping dengan gambar mereka dipaparkan pada sepanduk menyatakan ‘badut autoritari­an’.

Yang lain membawa kain rentang hitam meniru bendera kebangsaan dengan lima bintang kuning dipaparkan padanya, di mana kira-kira 5,000 menyertai rali tersebut, menurut anggaran wartawan AFP di tempat kejadian.

Pelajar universiti Vince Ho, 21, menyifatka­n pendekatan keras pihak berkuasa berisiko mendorong tindakan orang ramai.

“Saya percaya ia malahan menggalakk­an lebih ramai orang untuk keluar menyatakan ketidakadi­lan,” katanya.

Puluhan ribu menyertai Pergerakan Payung yang bermula pada September 2014 untuk menyeru pilihan raya kepimpinan yang bebas sepenuhnya tetapi gagal meyakinkan kerajaan untuk memberi ruang kepada reformasi politik.

Wajah pergerakan Joshua Wong, bekas Ahli Parlimen Nathan Law dan rakan ketua protes Alex Chow disumbat ke penjara pada Ogos lalu ekoran peranan mereka memimpin protes awal yang mencetuska­n pergerakan tersebut.

Hukuman mereka dikritik kumpulan hak asasi manusia antarabang­sa dan ahli politik, lantas mencetuska­n tuduhan bahawa kebebasan mahkamah Hong Kong telah dicemari kompromi atas tekanan Beijing.

Lam pagi semalam menyeru perpaduan dalam ucapan hari kebangsaan pertamanya sejak menjadi ketua eksekutif pada Julai.

“Saya amat kagum dengan kekuatan yang dianugerah­kan kepada kita oleh negara kita. Selagi kita memanfaatk­an kekuatan kita, terus fokus, merebut peluang di hadapan kita dan kekal bersatu, saya pasti Hong Kong akan lebih cemerlang lagi,” tambahnya lanjut. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BANGKIT LANTANG: Aktivis prodemokra­si mengadakan perarakan protes sempena sambutan hari kebangsaan China di Hong Kong, semalam.
— Gambar Reuters BANGKIT LANTANG: Aktivis prodemokra­si mengadakan perarakan protes sempena sambutan hari kebangsaan China di Hong Kong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia