Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Sarawak berjaya banteras judi mesin slot, ikan, wukong

-

KUCHING: Polis Sarawak berjaya membantera­s aktiviti perjudian mesin slot, ikan dan wukong di seluruh bahagian di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Datuk Dev Kumar berkata, kesemua premis dan kelab rekreasi mesin judi tersebut telah menutup premis mereka dan tidak lagi beroperasi sejak beberapa bulan lalu.

“Kita yakin bahawa kita berjaya menumpaska­n pengusaha mesin judi ini di Sarawak,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini semalam.

Bagaimanap­un, Dev berkata mesin judi slot, wukong dan ikan tidak boleh dikatakan sama dengan aktiviti menjual nombor 4-Digit (4D) dan judi siber haram.

Tambahnya, meskipun beberapa serbuan telah di- jalankan setiap minggu, kaunter penjualan 4D haram ini tetap beroperasi tetapi tidak terlalu ketara daripada sebelum ini.

Tegasnya, JSJ telah mengambil pendekatan yang tegas dengan menangkap termasuk memberi peringatan tegas kepada pengusaha 4D haram supaya mereka tidak beroperasi semula.

“Judi siber masih wujud tetapi ia beropesi secara licik kerana pengusaha judi siber haram ini menggunaka­n transaksi atas talian (online) dan khidmat isian semula kepada kaki judi ini menggunaka­n telefon pintar mereka.

“Selepas isian mula telefon pintar dan tablet kaki judi ini, mereka boleh berjudi (siber) di mana-mana sahaja,” dedahnya.

Sehubungan itu, beliau memberitah­u bahawa Pe- seruhjaya Polis Sarawak Datuk Amer Awal telah mengarahka­n kesemua ketua polis daerah lebih bertangung­jawab untuk menangani masalah judi siber haram di kawasan masing-masing.

“Polis Sarawak akan terus membantera­s kegiatan judi haram di negeri ini,” tegasnya.

Dalam perkembang­an sama, Dev menjelaska­n dari 25 September hingga 1 Oktober lalu, polis berjaya mengadakan 78 serbuan ke atas judi haram yang menyaksika­n 96 individu ditangkap.

“Antara aktiviti perjudian haram yang dikakukan adalah jual nombor 4D haram melibatkan 73 serbuan dan judi siber haram lima serbuan.

“Antara jumlah serbuan yang dijalankan di seluruh Sarawak yang dijalankan JSJ Sarawak di Kuching, Padawan dan Kota Samarahan (21 serbuan), JSJ Miri (9), JSJ Sibu (7), JSJ Kuching (6), JSJ Bintulu (6), JSJ Padawan (5), JSJ Sarikei (5), JSJ Bau (3), JSJ Serian (3), JSJ Kota Samarahan (2), JSJ Sri Aman (2), JSJ Limbang (2), JSJ Betong (1), JSJ Lawas (1), JSJ Meradong (1), JSJ Simunjan (1), JSJ Saratok (1), JSJ Julau (1) dan JSJ Mukah (1),” jelasnya.

Menurutnya, dalam 73 serbuan judi 4D haram, seramai 81 individu dan rampasan wang tunai berjumlah RM18,850 selain telefon, pencetak, kalkulator, slip taruhan dan alat tulis dirampas.

Kesemua yang ditangkap kini disiasat atas kesalahan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Imigresen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia