Utusan Borneo (Sarawak)

148 pesara tentera dan polis terima pingat sempena Hari Pahlawan

-

KUCHING: Seramai 148 pesara tentera dan polis menerima pingat sempena Istiadat Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sarawak 2017 di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Daripada jumlah tersebut, 73 pesara dianugerah­kan Pingat Jasa Malaysia (PJM) manakala 75 lagi dianugerah­kan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN).

Istiadat sambutan serta upacara penyampaia­n pingat telah dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

Terdahulu sebelum upacara penyampaia­n pingat, Taib turut menghadiri perbarisan kawalan kehormatan utama sempena sambutan di Atrium Kompleks DUN.

Istiadat perbarisan dimulakan dengan pasukan kawalan keselamata­n utama dan pancaragam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masuk padang diikuti ketibaan Yang di-Pertua Negeri serta isteri.

Istiadat tersebut turut diserikan lagi dengan persembaha­n pan- caragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan deklamasi sajak pahlawan sebelum tiupan Rouse (Jalur Gemilang dinaikkan).

Dalam pada itu, Hari Pahlawan diraikan pada setiap 31 Julai untuk memperinga­ti jasa dan pengorbana­n para pahlawan dalam mempertaha­nkan keamanan dan kedaulatan negara.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Wira Mohd Zaki Mokhtar serta yang lain.

 ??  ?? PERIKSA: Tun Taib melakukan pemeriksaa­n pasukan kawalan kehormatan utama pada istiadat perbarisan sempena sambutan Hari Pahlawan 2017 Peringkat Negeri semalam.
PERIKSA: Tun Taib melakukan pemeriksaa­n pasukan kawalan kehormatan utama pada istiadat perbarisan sempena sambutan Hari Pahlawan 2017 Peringkat Negeri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia