Utusan Borneo (Sarawak)

BIKF tahun ini capai kejayaan, ramai pelayang turut serta

-

BINTULU: Festival LayangLaya­ng Antarabang­sa Borneo Bintulu (BIKF) Ke-13 tahun ini mencapai kejayaan besar dengan penyertaan ramai pelayang antarabang­sa dan kebangsaan termasuk penyertaan pelayang negara-negara baharu.

Kejayaan itu menyaksika­n pelbagai aktiviti dikelolaka­n berbentuk hiburan dan membeli-belah serta perkhidmat­an ditawarkan setiap gerai di tapak festival tersebut.

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu ( BDA) Rodziah Morshidi berkata pada tahun ini penganjura­n BIKF semakin besar dan memberi cabaran kepada pihaknya dalam memastikan penganjura­n berjalan lancar.

“Tidak hanya melibatkan pengurusan dari segi logistik malah memberi cabaran kepada pengelolaa­n keseluruha­nnya tetapi kerjasama rakan strategik amat baik.

“Meskipun jawatankua­sa terlibat melalui tempoh masa kerja meletihkan dan berpanas, mereka tidak kisah mengenainy­a kerana yang penting penganjura­n berjalan lancar,” katanya pada Majlis Makan Malam Penghargaa­n sempena BIKF di sini kelmarin.

Beliau mengucapka­n penghargaa­n kepada rakan strategik dan kakitangan BDA atas kerja keras dan berharap dapat merancang mengadakan lawatan ke negara- negara pelayang menyertai BIKF bagi melihat mereka menjalanka­n aktiviti.

“Saya mengambil peluang ini mengucapka­n terima kasih kepada penaja yang membawa kejayaan kepada festival ini dan berharap dapat menjalanka­n persediaan pelak- sanaan penganjura­n pada masa akan datang,” ujarnya.

Rodziah berkata festival itu merupakan acara utama pelanconga­n di sini serta menawarkan aktiviti menceriaka­n.

“Kami merancang menjadikan festival ini lebih besar bukan hanya membawa penyertaan peserta antarabang­sa tetapi untuk penduduk dalam dan luar Bintulu.

“Kami juga melihat penyertaan lebih ramai setiap tahun untuk festival ini, melawat bandar ini dan menjadikan­nya lebih menarik untuk penjelajah­an peserta di Borneo,” katanya.

Seramai 130 peserta antarabang­sa menyertai BIKF iaitu dari Belgium, Australia, Jepun, England, Taiwan, Kanada, China, Itali, Thailand, Indonesia, India, Switzerlan­d, Sweden, Vietnam, Turki, Singapura, Perancis, Estonia, Rusia, Sepanyol, New Zealand, Portugal dan Korea serta Malaysia untuk peserta kebangsaan.

Turut disampaika­n anugerah dan sijil penghargaa­n kepada peserta antarabang­sa dan kebangsaan termasuk sijil penghargaa­n kepada peserta menjayakan acara Malaysia Book of Records ( MBR) membabitka­n ‘The Longest Wind Garden Street’ dengan memacak 1,100 unit ‘Wind Garden’ sejauh 449 meter di atas tanah di tapak festival.

Anugerah-anugerah pemenang membabitka­n kategori acara Layang-Layang Paling Berwarna-Warni disandang Hairuddin Jemain dari Johor, Layang- Layang Paling Panjang (Train Kites) diraih Ismail Mohamad Jafar (Sarawak), Layang-Layang Terbesar ( Alladin) dimenangi Mercel Burri dan Jeannie Burri ( Switzerlan­d), ‘Rokkaku Challenge’ dimenangi Tan Xin Bo (China) dan ‘The Most Unique Wind Garden’ diraih Saim Bolong (Johor).

Selain itu anugerah ‘The Sporting Kite Couple’ diberikan kepada Kevin Sanders dan Linda Sanders, ‘Female Sporting Flyer’ diraih Donna Tyler (Kanada), ‘Male Sporting Flyer’ diraih Mohd Husairy Abdul Rahman (Mersing, Johor), Pelayang Paling Komited dimenangi Richard Derbray (Perancis) dan Layang-Layang Paling Kreatif diraih Andrea Baffoni (Itali).

Hadir sama Penolong Pengurus Besar (Perkhidmat­an Teknikal) BDA Abdul Rahim Abdullah, Pengurus Perhubunga­n Awam BDA Muammar Quaddafi Abdul Razak, Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zulkipli Suhaili dan tetamu lain.

 ??  ?? ANUGERAH: Marcel dan Jeannie Burri (kiri) dari Switzerlan­d menerima anugerah daripada Rodziah sambil disaksikan Muammar (kanan) malam kelmarin.
ANUGERAH: Marcel dan Jeannie Burri (kiri) dari Switzerlan­d menerima anugerah daripada Rodziah sambil disaksikan Muammar (kanan) malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia