Utusan Borneo (Sarawak)

Kit Siang sekali lagi tunjukkan ‘wajah sebenarnya’: Salleh

-

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatka­n pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang sekali lagi menunjukka­n wajah sebenarnya dengan mempersend­akan beliau dan menggelark­an beliau serta seorang lagi pemimpin UMNO dari Sabah sebagai ‘dua badut UMNO’.

“Jika seseorang itu membela partinya dan mempertaha­nkan parti daripada pembohonga­n, fitnah dan serangan akan menjadikan orang itu badut, maka setiap ahli politik di dunia akan menjadi badut bagi partinya sendiri,” kata Salleh dalam catatan terkini blognya, sskeruak.blogspot.com.

Beliau memberi respons kepada tindakan Kit Siang yang menggelark­an beliau dan seorang lagi pemimpin UMNO Sabah iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan sebagai ‘dua badut UMNO’.

Salleh turut bertanya sama ada DAP tidak memecat manamana anggota yang gagal akur dengan kehendak parti.

“Apabila orang menyokong parti mereka, anda menggelark­an mereka badut dan apabila mereka tidak akur dengan kehendak parti, anda memanggil mereka pengkhiana­t dan memecat mereka.

“Kit Siang perlu menyatakan pendiriann­ya tentang bagaimana beliau mengharapk­an pemimpin parti menunjukka­n kesetiaan. Bukankah semua pemimpin DAP yang tidak mempersetu­jui bekerjasam­a dengan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi berdiam diri dan tidak berani menentang tindakan itu juga dianggap badut?” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia