Utusan Borneo (Sarawak)

Wenger ingin pengkritik kesali tindakan mereka Arsenal mampu mengembali­kan cabaran dalam EPL dengan kemenangan 2-0 ke atas Brighton LIGA PERDANA INGGERIS

-

LONDON, England: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, percaya pasukannya sudah bersedia menutup mulut pengkritik yang mengenepik­an cabaran pasukannya selepas tewas teruk kepada Liverpool di awal musim.

Arsenal kembali bangkit sejak tewas 0-4 di Anfield pada bulan Ogos dan mereka mengekalka­n rentak dengan kemenangan 2- 0 ke atas Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lepas.

Gol pertama Nacho Monreal dalam liga sejak 2013 meletakkan Arsenal di hadapan pada awal permainan sebelum Alex Iwobi melengkapk­an jaringan selepas rehat pada perlawanan di Stadium Emirates.

Arsenal sekarang mengumpul 10 mata dari empat perlawanan liga sejak kekalahan di Anfield, satu kekalahan yang membangkit­kan desakan terbaharu dari penyokong agar Wenger meletak jawatan, seperti yang berlaku pada musim lepas.

Wenger yakin jendela perpindaha­n pemain, yang berakhir beberapa hari selepas kekalahan kepada Liverpool, menjejaska­n pasukannya dengan Alex Oxlade- Chamberlai­n dan Kieran Gibbs meninggalk­an kelab dan rancangan perpindaha­n Alexis Sanchez ke Manchester City gagal dimuktamad­kan.

Arsenal, yang sudah menang enam dari tujuh perlawanan terakhir, kini sudah bersatu semula dengan Wenger percaya mereka boleh menikmati satu musim yang berjaya.

“Saya tahu selepas perlawanan di Liverpool di mana semua orang mengenepik­an cabaran kami dan saya tahu semuanya bergantung kepada kami, bagaimana kami akan bangkit,” kata Wenger.

“Tiada apa yang pasti. Anda bukan berada di kedudukan yang teruk, jika anda boleh melakukan sesuatu mengenainy­a, dan anda tidak bagus secara berterusan, anda sekurang- kurangnya perlu berusaha.

“Kami bangkit dengan cara bersatu dan kami mencapai beberapa kemenangan dan juga aksi yang meyakinkan.”

Arsenal kini berkongsi mata dengan Chelsea dan enam mata di belakang pendahulu liga, Manchester City.

Wenger mengakui beliau boleh tidur lebih nyenyak pada minggu bola sepak antarabang­sa kali ini berbanding selepas kekalahan kepada Liverpool. “Pada minggu bola sepak antarabang­sa sebelum ini, ia adalah mimpi ngeri tetapi kali ini ia lebih baik,” tambah beliau. “Saya mahu kelab terus bermain seperti ini tetapi anda tidak dapat begitu pasti. Saya berharap pemain yang kembali ( dari bola sepak antarabang­sa) berada dalam keadaan baik.”

Perlawanan Ahad lepas meraikan ulang tahun ke-21 kehadiran Wenger di Arsenal.

Pengurus berusia 67 tahun, yang memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana dan tujuh Piala FA Inggeris, berkata beliau pada awalnya tidak menyedari rekod itu.

“Saya tidak tahu. Saya hanya tahu apabila diberitahu oleh media,” kata beliau.

“Saya tidak mahu bercakap banyak mengenainy­a. Saya harus memberikan fokus kepada tugas saya, yang sentiasa ada turun naik.

“Apabila anda sudah mengharung­i 21 tahun, anda tahu anda mengharung­i saat yang manis dan buruk.”

Pengurus Brighton, Chris Hughton merasakan pasu- kannya memberikan saingan yang kuat pada kunjungan pertama mereka di Arsenal sejak 34 tahun.

“Apabila anda datang ke sini, anda tahu ia adalah petang yang sukar,” kata Hughton.

“Mereka memiliki kualiti yang hebat, anda perlu membuat persediaan terbaik dalam pasukan anda.

“Ia sangat sukar bermain di stadium yang besar seperti di Emirates, terutama sekali apabila anda datang dari Liga Kejuaraan.

“Tahap fokus harus sepanjang 90 minit seperti yang mereka lakukan tetapi kami gagal mengekalka­n konsistens­i kami.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? WENGER MELEPASI BENTENG: Penyerang Arsenal, Sanchez melakukan cubaan dari sepakan percuma pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Brighton di Stadium Emirates.
— Gambar Reuters WENGER MELEPASI BENTENG: Penyerang Arsenal, Sanchez melakukan cubaan dari sepakan percuma pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Brighton di Stadium Emirates.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia