Utusan Borneo (Sarawak)

Mengimbau kenangan Achik Spin

-

KUMPULAN Real Spin baru-baru ini telah melancarka­n video muzik untuk single terbaharu mereka yang bertajuk ‘Semakin Rindu’, ciptaan kolaborasi Cuna dan Atan Alfian dengan lirik ditulis oleh Norazren Kamil atau Azren.

Kumpulan ini dianggotai oleh Muhammad Khalis Md Shari (vokal), Azren (bass), Aidelah Ahmad atau Aidel (gitar) dan ahli termuda Aiman Haqim Mohamad Ramli (dram).

Khalis merupakan adik kepada arwah Achik Spin.

Selain kumpulan Real Spin, video muzik ‘Semakin Rindu’ ini turut dibintangi oleh ibu Khalis sendiri.

“Video klip ini dibintangi oleh ibu saya sendiri yang merindui anak (Achik) dan suaminya yang telah meninggal dunia. Lagu ‘Semakin Rindu’ ini ditujukan khas buat mereka,” kata Khalis semasa ditemui selepas majlis pelancaran muzik video itu baru-baru ini.

Beliau mengakui berasa agak sukar semasa pembikinan muzik video ini memandangk­an mereka amat merindui keduadua insan tersayang ini.

Sementara itu Khalis menjelaska­n sebab mereka menggunaka­n nama Real Spin adalah kerana pemuzik kumpulan ini adalah pemuzik asal kumpulan Spin (Azren dan Aidel) yang bersama-sama dengan arwah Achik.

“Merekalah yang bersama-sama arwah abang saya semasa pembikinan album satu dan album dua kumpulan Spin dulu,” kata Khalis.

Setakat ini, video muzik ‘Semakin Rindu’ sudah mencapai lebih daripada 400,000 view di YouTube. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia