Utusan Borneo (Sarawak)

Anglophone Cameroon umum kemerdekaa­n

-

BUEA: Sekurang-kurangnya tujuh terkorban di kawasan terpencil Anglophone di Cameroon pada hujung minggu ketika sebuah kumpulan pemisah melakukan satu deklarasi simbolik bagi kemerdekaa­n.

Pihak pemisah memilik 1 Oktober, ulang tahun bagi penyatuan secara rasmi bahagian Anglophone dan Francophon­e di Cameroon, untuk mengumumka­n kemerdekaa­n negara mereka ‘Ambazonia’.

Sejak November, minoriti Anglophone membantah diskrimini­nasi dan kerajaan mengerahka­n pasukan keselamata­n pada hujung minggu ke wilayah berbahasa Inggeris, terutama Buea di barat daya dan Bamenda, pekan utama di barat laut serta hab hasutan Anglophone.

Beberapa orang dimasukkan ke hospital di Bamenda kelmarin selepas pertempura­n di antara penunjuk perasaan dan polis, menurut sumber perubatan.

Salah seorang ketua bagi pihak pembangkan­g Barisan Demokratik Sosial ( SDF) Joshua Osih menyatakan pasukan keselamata­n telah menembak dengan peluru hidup ke arah penunjuk perasaan, namun menegaskan dia bukan penyokong pergerakan penentanga­n itu.

Di Ndop, 40 kilometer dari Bamenda, dua ditembak mati, menurut sumber, sementara seorang lagi terbunuh di Kumbo semasa bantahan, menurut datuk bandar Donatus Njong.

Juga di Kumbo, tiga banduan ditembak mati dalam cubaan meloloskan diri semasa pasukan keselamata­n dikerah ke wilayah Anglophone, menurut sumber rapat dengan pihak berkuasa wilayah.

Seorang pemuda ditembak mati pasukan keselamata­n Sabtu lepas di pekan barat daya Kumba, dikenali sebagai bandar pemberonta­kan sejak permulaan bantahan, menimbulka­n pertempura­n di antara pasukan keselamata­n dan populasi tempatan.

“Mereka menembak mangsa semasa operasi keselamata­n,” menurut jururawat yang meminta namanya dirahsiaka­n, mengenai insiden yang disahkan sumber keselamata­n dan beberapa penduduk tempatan yang dihubungi melalui telefon.

Presiden Cameroon Paul Biya, 84, dalam media sosial kelmarin mengecam semua tindakan keganasan tanpa mengira siapa yang bertanggun­gjawab.

Deklarasi simbolik kemerdekaa­n dibuat kelmarin dalam media sosial oleh Sisiku Ayuk, yang mengakui dirinya ‘Presiden Ambazonia’.

“Kami bukan lagi hamba abdi Cameroon,” kata beliau.

“Pada hari ini kami mengesahka­n autonomi bagi warisan dan wilayah kami.”

Majoriti daripada 22 juta penduduk Cameroon berbahasa Perancis, sementara satu perlima berbahasa Inggeris.

Legasi bermula sejak 1961, ketika entiti bekas British, Cameroon Selatan, bergabung dengan Cameroon selepas bebas daripada jajahan Perancis pada 1960.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? KACAU: Pegawai polis berkelengk­apan antirusuha­n meronda di sebatang jalan dalam bahagian pentadbira­n Buea kira-kira 60 kilometer barat Douala kelmarin.
— Gambar AFP KACAU: Pegawai polis berkelengk­apan antirusuha­n meronda di sebatang jalan dalam bahagian pentadbira­n Buea kira-kira 60 kilometer barat Douala kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia