Utusan Borneo (Sarawak)

MUZIUM DIGITAL PAPAR KEUNIKAN EKOLOGI DAN GEOLOGI BARIO • ‘ BUNYI SEAKAN LETUPAN DI DAPUR’

Mangsa tidak temui jalan keluar ketika ‘jungle trekking’

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

MIRI: “Apabila terdengar bunyi seakan-akan letupan di dapur, saya lantas menyelamat­kan cucu sedang nyenyak tidur di ruang tamu,” kata Ketua Kampung (KK) Muhibbah Kuala Baram Nordin Yusof apabila rumahnya hangus dijilat api petang semalam.

Menurut Nordin, 67, sebelum kejadian berlaku beliau sedang memasak air di dapur selepas selesai makan tengah hari bersama cucunya, Alya Ogy Jusri berusia tujuh tahun.

“Saya tinggalkan dapur sekejap untuk mengambil telefon di bilik tidur, dan tiba-tiba saya terkejut mendengar bunyi seakan-akan letupan.

“Selepas mendengar bunyi itu, saya terus keluar dari bilik dan memanggil cucu saya jikalau bunyi itu datang darinya tapi dia sedang tidur di ruang tamu,” katanya.

Nordin bercerita lagi, beliau terus ke bahagian dapur dan terkejut apabila api sudah marak dan sambar-menyambar.

“Tanpa berlengah, saya terus mencapai cucu saya dan membawanya keluar ke halaman rumah.

“Disebabkan api terlalu cepat merebak saya tidak sempat menyelamat­kan apa-apa barang berharga di rumah,” katanya.

BINTULU: Tiga remaja tersesat dalam hutan semasa melakukan ‘jungle trekking’ di kawasan hutan berbukit yang popular di kawasan Tanjung Batu berdekatan Taman Tumbina dan Pantai Tanjung Batu lewat petang kelmarin.

Bagaimanap­un, tiga wanita terbabit ditemui dalam keadaan selamat oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu dalam operasi yang dijalankan untuk mencari ketiga-tiga wanita tersebut.

Ketua Balai Bomba Bintulu Timbalan Penguasa Bomba ( TPgB) Di- Hata Gobel berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 7.11 malam daripada Pusat Gerakan Operasi Negeri Sarawak berkenaan kejadian tiga wanita yang sesat di kawasan terbabit.

“Sepasukan bomba seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bersama sebuah jentera diketuai PB Wyllie Senin bertindak segera bergegas ke lokasi kejadian,” katanya di sini semalam.

Setibanya di lokasi kejadian, katanya, pasukan bomba membuat pencarian di kawasan berkenaan dan berjaya menjumpai ketigatiga mangsa berumur 17, 18 dan 19 tahun.

“Mereka dipercayai tidak menjumpai jalan keluar semasa melakukan ‘ jungle trekking’ kerana keadaan ketika itu terlalu gelap,” katanya sambil menambah setelah dijumpai ketiga-tiga mangsa telah diserahkan kepada ahli keluarga masing- masing.

Mereka dipercayai tidak menjumpai jalan keluar semasa melakukan ‘jungle trekking’ kerana keadaan ketika itu terlalu gelap. Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) Di-Hata Gobel Ketua Balai Bomba Bintulu

 ??  ?? MUSNAH: Keadaan api yang sudah marak memusnahka­n keseluruha­n rumah KK Nordin. DUKACITA: Cucu KK Nordin, Alya Ogy (tengah) tidak dapat menahan air mata selepas melihat rumah datuknya hangus dijilat api. Kelihatan Lee (dua kiri) cuba menenangka­n Alya Ogy.
MUSNAH: Keadaan api yang sudah marak memusnahka­n keseluruha­n rumah KK Nordin. DUKACITA: Cucu KK Nordin, Alya Ogy (tengah) tidak dapat menahan air mata selepas melihat rumah datuknya hangus dijilat api. Kelihatan Lee (dua kiri) cuba menenangka­n Alya Ogy.
 ??  ?? DITEMUI: Ketiga-tiga mangsa berjaya ditemui anggota bomba dan diserahkan kepada keluarga masing-masing yang turut membantu di tempat kejadian petang kelmarin.
DITEMUI: Ketiga-tiga mangsa berjaya ditemui anggota bomba dan diserahkan kepada keluarga masing-masing yang turut membantu di tempat kejadian petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia