Utusan Borneo (Sarawak)

Penerbanga­n SibuKK akan jadi realiti

Terdapat tujuh sektor penerbanga­n dalam negeri terlibat perbincang­an dengan AirAsia: Abdul Karim

- TEMPATAN

SIBU: Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yakin penerbanga­n terus antara Sibu dan Kota Kinabalu akan menjadi kenyataan selepas rundingan dengan syarikat penerbanga­n AirAsia selesai.

Menurut beliau, terdapat tujuh sektor penerbanga­n dalam negeri terlibat dalam perbincang­an dengan AirAsia sebagai syarikat penerbanga­n utama.

“Tujuh sektor penerbanga­n ini termasuk penerbanga­n terus Sibu ke Kota Kinabalu. Saya yakin pada akhir perbincang­an nanti, kita akan mendapat penerbanga­n terus Sibu ke Kota Kinabalu ini,” ujarnya ketika berucap merasmikan Pesta Tanglung Sibu dan Pesta Makanan 1Malaysia di Dataran Bandar Sibu, malam kelmarin.

Pesta ini dianjurkan oleh Dewan Perdaganga­n dan Perindustr­ian Cina Sibu (SCCCI) bersama Majlis Perbandara­n Sibu (MPD) bermula 3 hingga 26 Oktober ini.

Hadir sama ialah Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa

Tujuh sektor penerbanga­n ini termasuk penerbanga­n terus Sibu ke Kota Kinabalu. Saya yakin pada akhir perbincang­an nanti, kita akan mendapat penerbanga­n terus Sibu ke Kota Kinabalu ini. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

dan E-Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon Koh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King, Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee, Timbalan Pengerusi MPS Rogayah Jamian, Presiden SCCCI Gregory Hii, pengerusi penganjur pesta Datuk Lau Chieng Kiong, Te- menggung Datuk Vincent Lau serta yang lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya itu berkata, pada masa sama beliau juga akan melihat kemungkina­n penerbanga­n terus dari Sibu ke Singapura pada masa akan datang.

Untuk itu katanya, beliau berharap diberi sedikit masa kerana dengan pendekatan yang betul, semua penerbanga­n terus ke Sibu dan bandarband­ar utama di negeri ini boleh menjadi kenyataan.

“Sejak mengambil alih Kementeria­n Pelanconga­n, saya sentiasa berusaha mendapatka­n hak penerbanga­n bukan sahaja untuk Kuching tetapi bandarband­ar utama di Sarawak termasuk Sibu.

“Untuk makluman semua, kita telah berjaya mendapatka­n penerbanga­n terus dari Shenzhen, China ke Kuching, yang dijangka bermula Disember tahun ini.

“Penerbanga­n kedua dari China ke Sarawak kemungkina­n diperkenal awal tahun depan adalah dari Fuzhou,” jelas Karim.

Menyentuh mengenai Pesta Tanglung, Karim berkata pesta tersebut telah menjadi pesta untuk semua kaum, khususnya di negeri ini.

Pesta katanya, tidak hanya disambut oleh kaum Cina tetapi kaum-kaum lain yang ada di Sarawak.

“Banyak yang terlibat dalam menganjurk­an pesta ini secara tidak langsung. Pesta ini telah berjaya membawa dan mengeratka­n hubungan antara pelbagai kaum yang ada di negeri ini.

“Ini sesuatu yang menyatukan kita semua sama ada kita daripada komuniti Cina, Melayu atau Dayak,” ujar beliau sambil memuji MPS dan SCCCI atas penganjura­n Pesta Tanglung yang juga dianjurkan sempena Tahun Melawat Sibu 2017.

 ??  ??
 ??  ?? RASMI: Abdul Karim (empat kanan) dan Wong (tiga kiri) bersama-sama merasmikan Pesta Tanglung Sibu dan Pesta Makanan 1Malaysia. Turut kelihatan Tiong (empat kiri), Gregory Hii (tiga kanan) serta Chieng Kiong (dua kanan).
RASMI: Abdul Karim (empat kanan) dan Wong (tiga kiri) bersama-sama merasmikan Pesta Tanglung Sibu dan Pesta Makanan 1Malaysia. Turut kelihatan Tiong (empat kiri), Gregory Hii (tiga kanan) serta Chieng Kiong (dua kanan).
 ??  ?? TONJOL PRODUK TEMPATAN: Naroden (tengah) bersama Henry (kiri), Malcom pada sidang media khas program SDSI Peringkat Negeri Sarawak 2017 di Lawas.
TONJOL PRODUK TEMPATAN: Naroden (tengah) bersama Henry (kiri), Malcom pada sidang media khas program SDSI Peringkat Negeri Sarawak 2017 di Lawas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia