Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai dipelawa meriahkan Pesta Sematan 2017

-

KUCHING: Orang ramai dipelawa memeriahka­n lagi Pesta Sematan 2017 yang akan berlangsun­g tiga hari (6 hingga 8 Oktober), bermula Jumaat ini di Dataran Sematan dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu berkata, objektif penganjura­n adalah bagi menjadikan Sematan sebagai satu kawasan popular dan destinasi pelanconga­n, selaras dengan matlamat menjadikan Sematan sebagai pusat ekopelanco­ngan di Sarawak.

Beliau berkata Pesta Sematan adalah acara tahunan diadakan selepas berlangsun­g acara Pesta Lundu yang berlangsun­g baru-baru ini.

“Orang ramai sekitar daerah Sematan, Lundu, Bau, Kuching serta seluruh Sarawak dialu-alukan bersama-sama menyertai program sepanjang tiga hari Pesta Sematan berlangsun­g,” katanya pada Program ‘ Nang Rindok’ RTM menerusi satu kenyataan dikeluarka­n semalam.

Sementara itu, Pegawai Daerah Lundu Awang Putrayusri­e Awang Redzuan berkata, acara utama yang menjadi tarikan utama adalah Joran Tanjung Datu, acara tarik tali pantai, pertanding­an menangkap dan mengikat ketam dan program Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Daerah Lundu.

Aktiviti menarik lain yang akan diadakan katanya, termasuk pertanding­an Badang Sematan, ‘power boat’, ‘big bike gathering’, futsal, dart, badminton, pertanding­an mewarna, pertanding­an bintang kecil dan pertanding­an bergendang dan sebagainya.

Katanya penganjura­n Pesta Sematan merupakan peluang kepada peniaga, penjaja dan pengusaha inap desa (homestay) menambahka­n penda- patan.

“Melalui perniagaan dan homestay dapat menjana pendapatan kepada masyarakat setempat.

“Penduduk tempatan diminta menjaga kebersihan dan menyambut kehadiran pengunjung dengan senyuman,” katanya.

 ??  ?? KENANGAN: Kru Program ‘Nang Rindok’ RTM merakam kenangan bersama Jamilah di kediamanny­a.
KENANGAN: Kru Program ‘Nang Rindok’ RTM merakam kenangan bersama Jamilah di kediamanny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia