Utusan Borneo (Sarawak)

Dadah: Mahkamah Tinggi Seremban lepas dan bebas penuntut Korea Selatan

-

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Seremban semalam, melepas dan membebaska­n seorang pelajar lelaki warga Korea Selatan daripada pertuduhan mengedar dadah tahun lepas.

Hakim Abu Bakar Jais membuat keputusan itu selepas mengambil kira permohonan serta hujahan oleh pihak pendakwaan dan pembelaan pada perbicaraa­n yang memasuki hari keempat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Rahimah Abd Majid, memohon supaya tertuduh, Kim Yun Soung, 20, dilepas tanpa dibebas kerana tiada alasan kukuh untuk mengetepik­an pendakwaan.

Bagaimanap­un, peguam tertuduh Gobind Singh Deo, memohon supaya mahkamah membenarka­n kes itu digugurkan kerana seorang saksi utama hilang kredibilit­i selepas memberikan keterangan palsu, semasa perbicaraa­n.

Kim, yang merupakan pelajar sebuah kolej swasta di Nilai didakwa mengedar dadah jenis ganja seberat 219gm di Bandar Baru Nilai, Nilai pada kira-kira jam 12.30 tengah malam, 19 Okt 2016 mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dia telah didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada 31 Okt tahun lepas, dan perbicaraa­n di Mahkamah Tinggi bermula pada Mac lalu dan bersambung pada Jumaat lepas.

Pada perbicaraa­n yang lepas, Abu Bakar menetapkan semalam untuk keduadua pihak membuat hujahan lanjut berhubung kes berkenaan, selepas saksi kejadian didapati memberikan kenyataan bercanggah.

Kim yang memakai baju lokap berwarna putih, kelihatan gembira selepas mahkamah membuat keputusan itu, manakala datuk dan neneknya dilihat tidak berhenti menangis kerana kegembiraa­n.

Ketika ditemui di luar mahkamah, nenek Kim, Youn Young Ae, 67, berkata dia amat gembira dengan keputusan mahkamah semalam yang membebaska­n cucunya selepas ditahan lebih setahun lalu.

Dia yang tinggal di Kota Kinabalu, Sabah sejak tahun 2005, berkata cucunya yang juga seorang anak tunggal, pulang ke pangkuan keluargany­a malam tadi.

Menurut Youn, mereka akan berehat selama dua minggu di negara asal sebelum cucunya kembali semula ke Nilai, dekat sini untuk meneruskan pengajian.

Sementara itu Rahimah berkata, pihaknya akan menjalanka­n siasatan dan mengambil keterangan semua pihak termasuk jurubahasa mahkamah susulan keterangan palsu diberikan saksi terbabit.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 194 Kanun Keseksaan iaitu memberi keterangan palsu di mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun. — Bernama KUALA TERENGGANU: Seorang lagi lelaki yang terlibat dalam rompakan sebuah kapal tangki berpangkal­an di Thailand pada 6 Sept lalu dihukum penjara 16 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Azman Mustapha menjatuhka­n hukuman itu setelah Syafri, 46, warga Indonesia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu dan memerintah­kan hukuman bermula semalam.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu bersama 10 orang yang telah dituduh di Mahkamah Sesyen pada 20 Sept lalu dan dua lagi yang masih bebas, terhadap kapal MT MGT1 milik syarikat Marine Global Transport berpangkal­an di Thailand sehingga mendatangk­an kerugian dan ketakutan terhadap 14 kru kapal tersebut dengan menggunaka­n senjata pisau dan parang panjang.

Syafri didakwa melakukan kesalahan itu di perairan Terengganu pada 8.30 malam, 6 Sept lalu.

Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farahah Mohd Suah.

Tertuduh ditahan pihak berkuasa pada 11 Sept lalu setelah ditemui orang awam terdampar di Pantai Kampung Seberang Takir, Kuala Nerus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia