Utusan Borneo (Sarawak)

USIM menggondol anugerah ‘Penyelidik­an dan Pendidikan Kewangan Islam Paling Cemerlang’

-

NILAI: Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya menggondol ‘Anugerah Penyelidik­an dan Pendidikan Kewangan Islam Paling Cemerlang’ pada majlis penyampaia­n anugerah sempena Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF) 2017 di Hotel Istana Kuala Lumpur semalam.

Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Musa Ahmad berkata adalah menjadi suatu penghormat­an kepada USIM dan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) khususnya menerima anugerah yang paling berprestij itu.

“Sebagai sebuah universiti Islam komprehens­if paling muda yang dimiliki sepenuhnya dan dibiayai oleh kerajaan, USIM menggarap pendekatan holistik ke arah penyampaia­n pengetahua­n yang menyatukan sains pendedahan (pengetahua­n Naqli) dan sains rasional (pengetahua­n Aqli).

“Perintis dan fakulti terkemuka di bidang Muamalat (Perniagaan Islam) iaitu FEM memainkan peranan penting di USIM untuk memperluas­kan skop program universiti ini ke arah yang lebih dinamik dan dipercayai.

Sehingga kini, FEM telah menghasilk­an lebih daripada 3,000 graduan berpengeta­huan, mahir dan berwibawa yang menyumbang kepada pelbagai bidang termasuk dalam industri perbankan dan kewangan Islam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berharap penganuger­ahan yang diterima kali pertama daripada KLIFF ini akan dapat menyemarak­kan lagi semangat dan usaha gigih fakulti itu dalam memperkasa­kan pendidikan kewangan dan perbankan Islam serta penyelidik­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia