Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain Thailand kuasai hari pertama Kejohanan Golf Sarawak PGM-MNRB

-

KUCHING: Pemain Thailand, Nirun Sae-Ueng mendominas­i hari pertama Kejohanan Golf Sarawak PGMMNRB 2017 selepas mencatat enam di bawah par 66 di Damai Golf and Country Club ( DGCC), Santubong semalam.

Pemenang Jelajah Pembanguna­n Asian PGM di Sabah pada tahun ini mengatasi pemain negara, Kiishaan Tharlingam dengan kelebihan satu pukulan dan James Byrne dari Scotland dengan dua pukulan.

Dianjurkan oleh Profession­al Golf Malaysia (PGM), hari pembukaan semalam menyaksika­n empat pemain meraih skor sama, 3 di bawah par 69.

Mereka ialah Poosit Supupramai dan Puk Pradittan (Thailand), Masaru Takahashi (Jepun) dan Lake Snyder (Amerika Syarikat).

Saingan dijangka lebih sengit hari ini apabila peserta seperti Seungjae Maeng, John Catlin dan Roberto Galetti dari Amerika Syarikat bakal menampilka­n permainan lebih bertenaga untuk mem- perbaiki skor 2 di bawah par 70 dikutip semalam.

Pengurus Besar DGCC, Roslan Mohd Salleh berkata edisi kali ini menarik respons menggalakk­an daripada pemain profesiona­l luar dan dalam negara untuk memburu gelaran.

“Peserta amat beruas hati dengan kondisi dan cabaran disediakan di DGCC. Setakat ini kita menerima komen positif dan keputusan baik pada hari pembukaan menunjukka­n pemain telah dapat menyesuaik­an diri dengan keadaan padang di sini,” katanya semalam.

Menurutnya, akan ada lebih banyak kejutan pada saingan hari ini melihat kepada persaingan sengit melibatkan beberpa pemain terkemuka.

“Pemain menikmati cuaca baik dan pemandanga­n indah di padang DGCC yang pasti menarik minat mereka untuk datang bermain bersama keluarga dan rakan di masa akan datang,” katanya sambil mengucap terima kasih kepada PGM kerana memilih DGCC sebagai venue kejohanan kali ini.

 ??  ?? HEBAT: Aksi Nirun Sae-Ueng pada hari pertama semalam.
HEBAT: Aksi Nirun Sae-Ueng pada hari pertama semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia