Utusan Borneo (Sarawak)

Dinobat juara Da’i Pendakwah Nusantara Ke-5

-

PROGRAM keagamaan yang memartabat­kan status pendakwah generasi muda kini iaitu Da’i Pendakwah Nusantara telah pun melabuhkan tirainya bagi musim ke-5 pada malam Ahad lepas menerusi Pentas Akhir yang bersiaran langsung selama dua jam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Sebanyak 3.6 juta orang penonton telah menyaksika­n Da’i Hakim dinobatkan sebagai Juara Da’i Pendakwah Nusantara Musim Ke5. Malam kemuncak itu turut menyaksika­n Da’i Afiqah diumum sebagai pemenang tempat kedua manakala Da’i Fahmi merangkul tempat ketiga.

Selain itu, Da’i Aiman telah dipilih oleh penaja utama, Almas Beauty and Health sebagai Da’i Pilihan Almas.

Sebagai Juara Da’i Pendakwah Nusantara Musim Ke-5 (Da’i 5), Da’i Hakim telah membawa pulang Trofi Juara Da’i 5, wang tunai berjumlah RM50,000 daripada TV3, serta sebuah pakej umrah untuk dua orang sumbangan daripada Almas Beauty and Health Sdn Bhd.

Manakala, Da’i Afiqah dan Da’i Fahmi telah me-menangi wang tunai berjumlah RM5,000, trofi Da’i 5, serta sebuah pakej Pelayaran Penyucian Jiwa juga merupakan sumbangan daripada penaja utama, Almas Beauty & Helath Sdn Bhd. Sebahagian lain daripada sumbangan penaja utama adalah anugerah Da’i Pilihan Almas yang telah dimenangi oleh Da’i Aiman, turut mendapat sebuah pakej Pelayaran Penyucian Jiwa.

Tirai pentas akhir malam itu telah dibuka dengan persembaha­n lagu tema Da’i ‘Lebaran Kejayaan’ oleh Azmi Saat (Caliph Busker) dan pesertapes­erta Da’i musim ke-5, diikuti dengan pengenalan tetamu nusantara, Ustaz Irwan Hadi iaitu Naib Pengarah Pejabat Mufti Majlis Ugama Islam, Singapura.

Persembaha­n finalis pula menyusul sehingga waktu pengumuman pemenang Da’i Pendakwah Nusantara musim kelima di penghujung rancangan. Namun, sebelum pengumuman pemenang itu, Rabbani dan Black telah membuat persembaha­n selingan dengan lagu ‘Dalam Aku’.

Persembaha­n finalis Da’i pada malam itu juga amat berbeza berbanding minggu-minggu sebelum ini kerana merangkumi dua tema persembaha­n.

Setiap peserta diberikan masa selama 5 minit untuk tema pertama persembaha­n tazkirah mereka iaitu ‘Masyarakat Kini’ dan 3 minit untuk persembaha­n di pusingan kedua di mana tazkirah mereka berkisar daripada soalan-soalan yang diajukan oleh juri tetap, Ustaz Zarifi Daud dan Prof. Madya Dr. Sharifah Haayati Syed Ismail.

Seperti musim-musim sebelum ini, finalis perlu mengharung­i dua pusingan persembaha­n dan satu sesi penyingkir­an setelah selesai pusingan pertama.

Pada malam itu, Da’i Fahmi telah diumumkan tersingkir kerana mempunyai markah terendah pada pusingan pertama, namun diselamatk­an oleh ‘Kuasa Imuniti’ Mursyid Datuk Ustaz Kazim Elias dan mara ke pusingan kedua.

Menurut Penerbit Da’i

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SELINGAN: Black dan Rabbani membuat persembaha­n selingan.
SELINGAN: Black dan Rabbani membuat persembaha­n selingan.
 ??  ?? AZMI SAAT DA’I
AZMI SAAT DA’I

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia