Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan salah guna baucar pakaian seragam sekolah pelajar: Henry

-

BAU: Pengetua dan guru besar sekolah- sekolah di Tasik Biru diminta memantau penerima baucar pakaian seragam sekolah percuma yang diagihkan oleh Yayasan Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep menggesa, ia perlu bagi memastikan baucar berkenaan tidak disalahgun­akan oleh ibu bapa untuk membeli barangan lain.

“Baucar yang diberikan oleh Yayasan Sarawak bertujuan untuk membeli pakaian seragam sekolah untuk anak-anak seperti kasut dan beg sekolah.

“Saya tidak mahu baucar dibelanjak­an untuk barangbara­ng lain dan saya berharap pengetua dan guru besar akan memantau penerima,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyampaia­n Baucar Pakaian Seragam Percuma daripada Yayasan Sarawak kepada kira- kira 372 murid sekolah kawasan Tasik Biru bertempat di Pusat Khidmatnya di sini, semalam.

Baucar berkenaan bernilai RM200 setiap satu, iaitu peningkata­n sebanyak RM100 berbanding tahun sebelumnya dan sah sehingga 30 November tahun ini.

Sebanyak 600 anak sekolah dari 25 sekolah terdiri daripada dua sekolah menengah dan 23 sekolah rendah di kawasan Tasik Biru layak menerima baucar di bawah sistem data e-Kasih yang diperoleh dari Pejabat Daerah Bau.

Henry berkata, beliau amat tegas mengenai pendidikan anak-anak sekolah di kawasan itu dan berharap ibu bapa memainkan peranan yang lebih baik ke arah pencapaian anak-anak mereka untuk masa depan yang lebih baik.

Bagi mereka yang menerima baucar, beliau menegaskan dan menasihati ibu bapa untuk membelanja baucar untuk membeli barangan sekolah sahaja.

Beliau berkata, ibu bapa yang menyalahgu­nakan baucar itu seolah-olah menghalang anak mereka mempunyai masa depan lebih baik.

Henry memuji Yayasan Sarawak yang mempunyai matlamat mulia membantu pelajar miskin di kawasan itu.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada Yayasan Sarawak atas bantuan itu dan berharap bantuan itu dapat memberi motivasi kepada anak- anak sekolah untuk melakukan yang lebih baik dalam akademik mereka yang akhirnya keluar dari kepompong kemiskinan.

Hadir sama pegawai Yayasan Sarawak Haznetta Sarenau Howell, yang mewakili Pengarah Datu Azmi Bujang dan pengetua sekolah dan guru besar sekolah yang terlibat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia