Utusan Borneo (Sarawak)

MoU pencapaian penting antara i-CATS dan UCSI University

-

KUCHING: Memorandum Persefaham­an (MoU) yang dimeterai antara Kolej Antarabang­sa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) dan UCSI University Malaysia baru-baru ini menandakan pencapaian penting kepada kedua-dua institusi.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarka­n kelmarin, MoU berkenaan menetapkan pelbagai inisiatif bersama selain memudahkan kemajuan pengajaran dan pembelajar­an bagi keduadua kakitangan dan pelajar di institusi terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif i- CATS Mohamad Isham Fauzi dalam ketika berucap pada majlis MoU di Kampus Barat i-CATS di sini, menjelaska­n bahawa MoU akan membolehka­n kedua- dua institusi itu bekerjasam­a rapat dalam bidang seperti projek penyelidik­an bersama dan program pertukaran pelajar dan kakitangan.

Di samping itu ia menyediaka­n graduan pelanconga­n dan hospitalit­i kepada dunia kerja.

Beliau menyatakan keyakinan bahawa MoU itu akan menjadi permulaan bagi keduadua institusi meneroka pelbagai peluang, dengan tujuan memudahkan transforma­si landskap perhotelan dan pelanconga­n di Sarawak dan Malaysia secara keseluruha­nnya.

Sementara itu Ketua Pegawai Operasi UCSI Kampus Sarawak Mukvinder Sandhu, berkata MoU itu juga akan memudahkan perkembang­an graduan i-CATS ke pelbagai program sarjana muda yang ditawarkan oleh Fakulti Pengurusan Hospitalit­i dan Pelanconga­n UCSI University.

Beliau menambah bahawa kedua-dua institusi itu akan memudahkan lagi laluan untuk membolehka­n graduan i-CATS melengkapk­an program ijazah sarjana muda dan pelanconga­n berkaitan di kampus UCSI University di Kuching atau di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia