Utusan Borneo (Sarawak)

Abang dihukum gantung, bersalah bunuh adik sendiri

-

SHAH ALAM: Berikutan tidak berpuas hati dengan pembahagia­n harta, seorang lelaki tergamak menetak adik kandungnya dengan parang sebanyak 33 kali sehingga maut dan perbuatann­ya itu mendapat pembalasan apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhka­n hukuman mati ke atasnya.

Hakim Datuk Zulkifli Bakar menjatuhka­n hukuman itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari berjaya membuktika­n kes tanpa keraguan yang munasabah.

M. Nageswaran, 41, didakwa membunuh Gunalan, 37, di rumah mangsa di Kampung Jawa di sini, kirakira 5.30 petang, pada 5 Mei 2015 dan pertuduhan adalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati.

Bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati punca kematianny­a adalah disebabkan pendarahan yang banyak akibat luka tetak berganda.

Seramai 15 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraa­n.

Dalam penghakima­nnya, Zulkifli berkata setelah meneliti hujahan bertulis daripada kedua-dua pihak dan keterangan dalam perbicaraa­n secara keseluruha­n, mahkamah mendapati pem- belaan tertuduh adalah bersifat penafian semata-mata.

“Dalam pembelaann­ya, tertuduh telah menuduh saksi ke-10 pendakwaan iaitu isteri mangsa V.Malliga, yang telah membunuh mangsa. Setelah mempertimb­angkan semua aspek dalam keterangan saksi-saksi, mahkamah dapati keterangan pembelaan tertuduh juga bersifat afterthoug­ht (difikirkan semula) serta tidak wajar diterima oleh mahkamah.

“Sehubungan itu hanya satu hukuman sahaja diperuntuk­kan di bawah seksyen ini (302 Kanun Keseksaan) iaitu tertuduh dihukum gantung sampai mati,” katanya.

Tertuduh yang diwakili peguam S. Ravichandr­an turut menghadapi satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini iaitu cuba membunuh Malliga, 41, dengan menikamnya menggunaka­n sebilah parang, antara jam 5.30 petang hingga 5.45 petang, di tempat dan tarikh sama.

Ketika ditemui pemberita selepas prosiding mahkamah berakhir, Malliga berkata keadilan akhirnya ditegakkan selepas lebih dua tahun mengikuti perbicaraa­n kes pembunuhan suaminya.

“Saya tidak sangka dia (tertuduh) tergamak membunuh adik sendiri hanya disebabkan masalah harta.

Orang yang buat salah mesti kena gantung,” katanya dalam tangisan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia