Utusan Borneo (Sarawak)

Reman dua anggota TLDM cederakan rakan sekerja dilanjutka­n

-

LUMUT: Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini melanjutka­n tempoh reman selama tiga hari mulai hari ini ke atas dua anggota TLDM bagi kes mendatangk­an kecederaan dua rakan setugas ketika di dalam Bilik Tahanan, Sungai Wangi, Sitiawan dekat sini minggu lalu.

Tempoh reman empat hari kedua-dua anggota itu mulai 3 Okt lepas, berakhir semalam.

Perintah lanjutan ke atas kedua- dua tertuduh yang masing-masing berumur 29 dan 37 tahun dikeluarka­n Majistret Ainul Bashiirah Dona Don Biyajid bagi membantu siasatan mengikut seksyen 325/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan parah dan melakukan ugutan jenayah.

Kedua-dua tertuduh yang memakai baju lokap berwarna jingga tiba di perkaranga­n mahkamah kira-kira jam 9 pagi dengan menaiki trak polis sebelum keluar semula kirakira sejam kemudian.

Kedua-dua anggota itu ditahan susulan dua anggota TLDM membuat laporan polis pada 2 Okt lalu selepas mendakwa mengalami kecederaan semasa menjalani tahanan di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi dan kini masih ditempatka­n di bilik khas di wad pembedahan lelaki, 96 Hospital Angkatan Tentera Lumut.

Kedua- dua suspek itu antara tujuh anggota yang sudah direman dengan lima daripadany­a disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berikutan kematian dua anggota pasukan itu di bilik sama pada 29 Sept lepas.

Jumaat lalu, dua anggota TLDM iaitu LK 1 Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan LK 1 TLS Muhammad Lailatulim­an Mohd Sukri, 26, meninggal dunia di bilik tahanan itu dipercayai akibat didera, berdasarka­n laporan bedah siasat Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DILANJUTKA­N: Mahkamah Majistret Seri Manjung melanjutka­n tempoh reman selama tiga hari mulai semalam ke atas dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia bagi kes mendatangk­an kecederaan dua rakan setugas ketika di dalam Bilik Tahanan, Sungai Wangi,...
— Gambar Bernama DILANJUTKA­N: Mahkamah Majistret Seri Manjung melanjutka­n tempoh reman selama tiga hari mulai semalam ke atas dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia bagi kes mendatangk­an kecederaan dua rakan setugas ketika di dalam Bilik Tahanan, Sungai Wangi,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia