Utusan Borneo (Sarawak)

Ekspo Taiwan 2017 di Malaysia dari 9 hingga 11 November depan

-

KUALA LUMPUR: Jelajah Ekspo Taiwan 2017 bertarikh 9 hingga 11 November 2017 telah memilih Malaysia selaku lokasi penutup bagi acara bertaraf antarabang­sa ini.

Selain membawakan lebih daripada 5,000 produk berteknolo­gi tinggi dan berkualiti tinggi dari Taiwan, ekspo ini turut membawakan pameran pelbagai bidang perniagaan, seminar, persembaha­n kebudayaan dan aktiviti menarik lain yang diadakan bagi memperkena­lkan produk dan kebudayaan Taiwan kepada rakyat Malaysia.

Acara yang membawakan pameran pelbagai hasil kebanggaan Taiwan dengan skala besar ini adalah julung kali dianjurkan dan akan disertai 164 syarikat bertempat di 240 bilik pameran.

Sejak Dasar Baru di Selatan diperkenal­kan, Taiwan telah berkembang dengan agresif ke pasaran Asia Tenggara melalui hasil keluaran negaranya yang memberangs­angkan. Malaysia selaku rakan dagangan Taiwan yang kelapan terbesar dilihat sebagai keutamaan dalam mendorong promosinya ke arah selatan.

Ekspo Taiwan yang merupakan salah satu daripada banyak acara promosi telah dimulakan di Indonesia pada bulan Mei, Vietnam pada bulan Jun dan Filipina pada bulan September dan bakal mengakhiri acaranya di Pusat Konvensyen dan Pameran Kuala Lumpur (KLCC) dengan acara yang amat dinanti-nantikan.

Antara acara yang akan diadakan nanti ialah Pameran Kecantikan Halal yang membawakan tema ‘Terbaik Untuk Kehidupank­u: Bakat, Aplikasi e-perniagaan, Intelek, Kecantikan’.

Pameran ini bakal menampilka­n 11 tema pavilion dan lapan industri khusus yang memfokus kepada lima pemacu utama direka untuk mengukuhka­n imej Taiwan sebagai kuasa teknologi meliputi Kecantikan & Produk Halal, E- Perdaganga­n & Perniagaan, Kepintaran & Teknologi, Bakat & MICE serta Budaya & Sajian.

Memandangk­an kedudukan Malaysia sebagai peneraju global dalam pensijilan halal, ekspo ini akan membawakan sebilangan besar pilihan produk kecantikan halal dan makanan khusus yang menyerlahk­an potensi industri halal di Taiwan bahkan pelancaran beberapa produk kecantikan baharu akan turut berlangsun­g pada ekspo kali ini.

Antara lain yang menarik pada ekspo ini juga ialah pelbagai seminar perniagaan yang akan menyentuh empat topik utama iaitu Pembentang­an Produk Hijau Taiwan, Persidanga­n Perniagaan Internet Digital Ekonomi Baru, Persembaha­n Produk-produk Halal Taiwan dan Seminar Kecemerlan­gan Taiwan - Perkembang­an dan Aplikasi Sistem Pengangkut­an Pintar.

Menurut perangkaan, terdapat hampir 30,000 pelajar asing dari senarai 10 negara ASEAN yang menuntut di Taiwan pada 2016 dan Malaysia menduduki senarai teratas dengan 16,000 pelajar. Bagi meningkatk­an hubungan dua hala antara Taiwan dan Malaysia dan mengukuhka­n lagi pertukaran dalam industri bakat, akan turut disediakan pada ekspo ini ialah Zon Ujibakat Global Taiwan untuk pelajar yang berminat menampilka­n bakat masing-masing dengan hanya perlu mendaftar di tapak uji bakat.

Pelawat juga boleh menjangkak­an kemeriahan ekspo ini dengan penyertaan lebih daripada 23 jenama inovatif yang akan mempamerka­n pelbagai produk berkaitan Internet, inovasi teknologi digital, Realiti Maya dan produkprod­uk elektronik lain.

Menariknya, turut serta pada ekspo ini juga ialah APP Chocolabs, penyedia CallerID terbesar di dunia, kereta sel solar mudah alih serta pelbagai lagi produk dari industri keluaran Taiwan yang menjadi kegemaran ramai.

Selain terkenal sebagai pengeluar pelbagai jenis produk kegunaan harian pengguna, Taiwan juga mempunyai bermacam jenis sajian makanan lazat yang tersendiri dan masyarakat Malaysia berpeluang merasai sendiri pada Ekspo Taiwan nanti.

Juga menarik bagi peminat gaya hidup yang unik serta peminat seni halus, ekspo ini akan menampilka­n rangkaian produk penyangkut dari Fero- Carbon FECA Series dan barangan rekaan seni halus bertajuk ‘Peacock Spreading Its Tail Feathers’ oleh Giuseppe Gastiglion­e yang dihasilkan dengan penggunaan 99% emas tulen.

Ekspo Taiwan 2017 di Malaysia berlangsun­g dari 9 hingga 11 November ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Pameran ini akan dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang dan masuk adalah percuma.

Untuk mendaftar menyertai acara atau mendapatka­n maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi di http:// mys.taiwanexpo­asean.com/, atau ikuti media sosial kami di: www.facebook.com/TaiwanExpo.my/ dan instagram.com / taiwanexpo­2017_malaysia.

 ??  ?? PERSATUAN PELABUR TAIPEI DI MALAYSIA
PERSATUAN PELABUR TAIPEI DI MALAYSIA
 ??  ?? PERSATUAN RANTAIAN PERUNCIT MALAYSIA (MRCA)
PERSATUAN RANTAIAN PERUNCIT MALAYSIA (MRCA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia