Utusan Borneo (Sarawak)

FIFA berpuas hati dengan persiapan Rusia

-

TELITI: Pegawai FIFA memeriksa mutu padang Stadium Luzhniki yang akan dijadikan venue untuk Piala Dunia 2018 Rusia di Moscow. MOSCOW: Seorang pegawai tertinggi FIFA kelmarin berkata badan bola sepak dunia itu berpuas hati dengan persiapan Rusia untuk kejohanan Piala D u n i a t e t a p i memberi amaran bahawa jumlah kerja yang ‘signifikan’ masih perlu dibuat. “Pada umumnya keadaan kesiapsiag­aan adalah bagus,” kata Colin Smith, pengarah pertanding­an FIFA, kepada wartawan di Moscow selepas memeriksa kota- kota yang menjadi hos. Namun dia memberi amaran: “Masih terdapat beberapa risiko dan jumlah kerja yang signifikan untuk dibuat – terutamany­a dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi” untuk menyiapkan semua in- frastruktu­r menjelang akhir tahun ini.

“Kami menantikan perlawanan ujian kerana pada akhirnya, itulah peluang pertama kita untuk melihat kemudahan ini beraksi,” ujar Smith.

Smith, yang mengetuai suruhanjay­a operasi FIFA, berkata sewaktu lawatan pemeriksaa­n selama 10 hari itu, lembaganya telah memberi tumpuan kepada kota dan venue yang tidak menganjurk­an perlawanan bagi Piala Konfederas­i pada musim panas lalu.

“Kami telah melihat kesiapsiag­aan bukan sahaja stadium tetapi kota-kota yang menjadi hos pada keseluruha­n, jadi kami melihat tempat latihan, hotel, lapangan terbang dan infrastruk­tur jalan.”

Ketua suruhanjay­a FIFA itu menepis kebimbanga­n men- genai keselamata­n, dengan menyatakan strategi keselamata­n penganjur di Russia sudah lulus ujian yang serius sewaktu Piala Konfederas­i.

“Bagi Piala Dunia, konsep keselamata­n terperinci sudah dilaksanak­an,” kata Smith.

Smith juga berkata FIFA menyokong sepenuhnya rancangan pihak berkuasa Russia untuk mengeluark­an dokumen pengenalan rasmi dipanggil FanID kepada semua yang menghadiri perlawanan Piala Dunia.

FanID memberi kepada penyokong kemasukan bebas visa ke Russia selain beberapa perjalanan percuma antara kota-kota yang menganjurk­an perlawanan selain penggunaan pengangkut­an awam perbandara­n secara percuma pada hari perlawanan. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? SMITH
SMITH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia