Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli Kongres AS terpalit skandal penggugura­n akan bersara: Media

-

WASHINGTON: Seorang ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) yang menaja rang undang-undang untuk menjadikan penggugura­n lewat penggal satu jenayah telah mengumumka­n dia tidak akan bertanding semula dalam pilihan raya pada tahun depan, selepas satu laporan mendedahka­n dia menggesa seorang perempuan simpananny­a untuk menjalani penggugura­n.

“Selepas perbincang­an dengan keluarga dan kaki- tangan saya, saya telah membuat keputusan bahawa saya tidak akan bertanding semula dalam pilihan raya Kongres pada hujung penggal saya sekarang,” Ahli Republikan Dewan Tim Murphy, yang popular di kalangan anggota pergerakan prokehidup­an, menyebut dalam satu kenyataan menurut akhbar Pittsburgh Post-Gazette.

“Saya merancang untuk menghabisk­an bulan- bulan yang berbaki dengan meneruskan kerja saya sebagai ketua kebangsaan bagi pembaharua­n penjagaan kesihatan mental, selain isu-isu yang menjejaska­n keluarga bekerja di barat daya Pennsylvan­ia.”

Kritikan terhadap Murphy melonjak apabila Gazette menerbitka­n laporan tentang skandal seks yang menggempar­kan itu ketika Dewan Perwakilan mengundi Selasa lepas mengenai rang undangunda­ng Murphy yang melarang hampir kesemua peng- guguran selepas kehamilan selama 20 minggu.

Murphy, 65, mengaku pada bulan lepas dia menjalin hubungan sulit dengan Shannon Edwards, seorang pakar psikologi yang bekerja bersamanya untuk merangka rang undang-undang kesihatan mental.

Pada Selasa lepas Gazette melaporkan Edwards mengirim teks pesanan kepada Murphy pada Januari lalu yang memarahiny­a bagi satu kenyataan anti-penggugura­n dalam akaun Facebookny­a.

“Dan anda tidak ada masalah menyiarkan pendirian prokehidup­an anda di merata tempat sedangkan anda tidak ada masalah untuk meminta saya menggugurk­an anak kita yang belum lahir hanya pada minggu lepas apabila kita berfikir bahawa ia adalah salah satu pilihan,” tulis Edwards mengenai kemungkina­n dia mengandung, Gazette melaporkan.

Pengerusi Jawatankua­sa Kongres Republikan Ke- bangsaan, Ahli Kongres Steve Stivers, menyebut dalam satu kenyataan, walaupun dia “amat kecewa sekali” dengan kelakuan Murphy, dia tetap yakin bahawa daerah berkenaan akan kekal dalam tangan Republikan pada tahun depan.

Seorang Ahli Kongres Republikan yang prokehidup­an sebelum ini, Scott Des Jarlais, menghadapi skandal penggugura­n yang sama pada 2012, tetapi dia masih dalam Kongres. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia