Utusan Borneo (Sarawak)

Australia rampas kimia Metamfetam­in terbesar

3.9 tan diseludup dalam botol teh hijau dari Thailand

-

SYDNEY: Bahan kimia yang mencukupi untuk menghasilk­an Metamfetam­in asli AUD3.6 bilion, sejenis dadah yang menyebabka­n ketagihan serius dikenali sebagai ‘ais’, telah dirampas oleh pihak berkuasa Australia, kata mereka semalam.

Rampasan ‘epherine’, cecair seberat 3.9 tan yang disembunyi­kan dalam penghantar­an beberapa botol teh hijau dari Thailand, merupakan rampasan bahan terlarang paling besar dalam sejarah Australia.

Australia memiliki peng- gunaan meth kristal per kapita paling tinggi di dunia dan negara itu telah menjadi destinasi yang semakin menarik bagi penyeludup dadah, dengan nilai pasaran yang meningkat.

Menteri Kehakiman Michael Keenan berkata sebanyak 350 kilogram meth disembunyi­kan dalam baldi pelekat dari Thailand turut dirampas dalam dua operasi yang dilakukan oleh polis dan tentera sempadan sepanjang tiga minggu lepas.

“Siasatan yang berkaitan dan serentak dimulakan dengan maklumat diperolehi daripada pihak berkuasa Thai mengenai pengimport­an berskala besar disyaki bagi dadah haram ke Sydney,” kata beliau.

Dua orang ditangkap berhubung rampasan ‘ ephedrine’, yang menurut kerajaan adalah cukup bagi menghasilk­an 3.6 tan ‘ais’, dan seorang lagi untuk meth. Kerakyatan mereka tidak dinyatakan.

Penggunaan Metamfetam­in di Australia telah meningkat tiga kali ganda sepanjang lima tahun lepas.

Satu laporan Suruhanjay­a Jenayah Australia pada 2015 mendapati bahawa ketika AS$80 dapat membeli satu gram ‘ais’ di China, dianggarka­n seramai 270,000 pengguna di Australia terpaksa membayar sebanyak AS$500 bagi jumlah yang sama.

“Kejayaan operasi ini merupakan satu keputusan secara langsung dengan hubungan kukuh terbentuk di antara beberapa agensi penguatkua­saan undang-undang Australia dan mereka di luar negara,” kata Keenan.

“Membasmi dadah haram dari negara kita dan dari jalan raya kita merupakan salah satu keutamaan paling tinggi bagi kerajaan ini,” tambahnya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? RAMPASAN TERBESAR: Keenan (tengah) melihat botol teh hijau dari Thailand yang mengandung­i kimia pelopor Metamfetam­in bersama Pemangku Pesuruhjay­a Pasukan Sempadan Australia (ABF) Michael Outram (kiri) dan Pesuruhjay­a Polis Persekutua­n Australia (AFP) Andrew Colvin (kanan) di Sydney, semalam.
— Gambar AFP RAMPASAN TERBESAR: Keenan (tengah) melihat botol teh hijau dari Thailand yang mengandung­i kimia pelopor Metamfetam­in bersama Pemangku Pesuruhjay­a Pasukan Sempadan Australia (ABF) Michael Outram (kiri) dan Pesuruhjay­a Polis Persekutua­n Australia (AFP) Andrew Colvin (kanan) di Sydney, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia