Utusan Borneo (Sarawak)

Wartawan Jepun mati akibat bekerja lebih masa 159 jam

-

TOKYO: Syarikat penyiaran awam di Jepun berjanji akan mengubah semula amalan kerjanya ketika ia mendedahka­n bahawa seorang wartawan muda meninggal dunia akibat masalah jantung selepas melakukan kerja lebih masa selama 159 jam dalam sebulan.

Wartawan NHK Miwa Sado, 31, yang telah membuat liputan bagi berita politik di Tokyo, ditemui meninggal dunia di atas katilnya pada Julai 2013, dilaporkan sambil memegang telefon bimbitnya.

Setahun kemudian, pihak berkuasa Jepun menyatakan kematianny­a telah dikaitkan dengan kerja lebih masa yang keterlalua­n. Beliau mempunyai dua hari untuk berehat pada bulan itu sebelum beliau meninggal dunia.

NHK kemudian mengumumka­n tentang kes tersebut empat tahun kemudian, tunduk terhadap tekanan daripada ibu bapa Sado agar mengambil tin- dakan bagi menghalang kejadian berulang semula.

Kes itu sekali lagi menunjukka­n bagi masalah Jepun untuk ‘karoshi’, atau kematian akibat kerja terlampau banyak, di samping masa kerja yang sangat panjang di negara ini.

Ia juga merupakan satu pendedahan yang memalukan bagi NHK, yang telah berkempen menentang budaya kerja yang lama di negara ini.

Sado membuat liputan mengenai pilihan raya dewan Tokyo pada Jun 2013 dan pilihan raya dewan tertinggi bagi Parlimen negara pada bulan seterusnya.

Beliau meninggal dunia tiga hari selepas pilihan raya dewan tertinggi.

“Hati saya kecewa dengan memikirkan bahawa beliau mungkin hendak menghubung­i saya pada saat-saat terakhirny­a”, ibu Sado memberitah­u akhbar Asahi.

“Dengan ketiadaan Miwa, saya berasakan seperti separuh nyawa saya tercabut. Saya tidak akan mampu untuk ketawa seperti sebelum ini sepanjang hidup saya lagi.”

Pendedahan itu mengejutka­n negara ketika NHK telah melaporkan secara aktif bagi kematian tragik dalam syarikat lain, termasuk kejadian bunuh diri pada 2015 melibatkan seorang wanita muda di agensi periklanan utama Dentsu selepas melakukan lebih 100 jam kerja lebih masa dalam sebulan.

Ketua NHK telah berjanji akan memperbaik­i keadaan kerja di syarikat penyiaran itu.

“Kami berasa sangat sedih kerana kami telah kehilangan seorang wartawan yang hebat dan mengambil serius bagi fakta bahawa kematianny­a telah dikenal pasti sebagai berkaitan dengan kerja,” kata Presiden Ryoichi Ueda kelmarin.

“Kami akan terus berusaha untuk perubahan semula dalam kerjasama dengan ibu bapa beliau,” katanya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia