Utusan Borneo (Sarawak)

Florida hukum mati lelaki disabit 2 kes bunuh 1984

-

WASHINGTON: Seorang lelaki yang disabitkan bagi dua pembunuhan yang dia bertegas tidak lakukan telah dihukum mati pada malam kelmarin di Florida, menurut Jabatan Penjara.

Michael Lambrix, 57, dihukum mati sejurus selepas jam 10 malam waktu tempatan selepas Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) menolak satu rayuan saat akhir.

Lambrix telah disabitkan bagi pembunuhan seorang lelaki dan seorang wanita pada 1984 – Clarence Moore dan Aleisha Bryant. Selama lebih tiga dekad, dia sering mengekalka­n pengakuan tidak bersalahny­a.

“Ia bukan satu hukuman mati. Ia akan menjadi satu tindakan pembunuhan kejam,” menurut Lambrix pada Selasa lepas ketika dia dibenarkan untuk menemui wartawan di penjara di mana dia ditahan.

“Negeri Florida akan bertindak dengan sengaja menghukum mati seorang yang tidak bersalah,” tambahnya.

Lambrix telah didapati bersalah kerana membunuh Moore dan Bryant selepas semalaman berparti. Dia menegaskan dia membunuh lelaki itu sebagai tindakan mempertaha­nkan diri selepas Moore membunuh wanita tersebut.

Lambrix menolak satu perjanjian tawaran bagi rayuan yang akan menyelamat­kan dia dari hukuman mati dan melihat dia dibebaskan dari penjara sedekad lepas.

Dia dijatuhkan hukuman mati oleh juri dalam satu keputusan bukan- sebulat suara. Florida adalah di antara beberapa negeri AS yang membenarka­n tindakan ini.

Juga di Florida, hakim di dalam kes adalah tidak dikehendak­i untuk patuh kepada apa yang diputuskan oleh pihak juri.

Sistem ini akan memutuskan secara luar perlembaga­an oleh Mahkamah Agung AS pada 2016 namun Florida kemudian memutuskan bahawa keputusan hukuman mati yang dikeluarka­n sebelum ini pada 2002 adalah masih sah. — AFP

 ??  ?? LAMBRIX
LAMBRIX

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia