Utusan Borneo (Sarawak)

TAMBAH KECERIAAN KUCHING

-

KUCHING: Lukisan mural anak orang utan pada dinding konkrit lama Singgahsan­a Lodge terletak di Temple Street di sini menambahka­n lagi keceriaan pemandanga­n di bandar raya ini.

Pemandanga­n ini amat berbeza sekali dengan keadaan seminggu lepas di mana seolah-oleh bangunan lama ini tidak wujud di tengah-tengah bandar raya tumpuan pelancong ini.

Kini, bangunan ini menjadi tarikan utama pengunjung di bandar raya ini sebagai lokasi persinggah­an untuk mereka merakamkan gambar kenangan pada hasil karya pelukis tempatan Leornard Siaw.

Lukisan mural anak orang utan ini disiapkan pada Khamis lepas dan ia adalah permulaan untuk meliputi dinding Singgahsan­a Lodge pada saiz 80 kaki lebar dan ketinggian tiga tingkat dengan tajuk ‘Wild About Kuching’.

Projek ini adalah sebahagian daripada pengisian Festival What About Kuching (WAK) 2017 yang sedang berlangsun­g di bandar raya ini buat pertama kalinya bagi meraikan seni, budaya, gaya hidup warga Kuching.

Lukisan mural anak orang utan ini merupakan karya terbaharu oleh Siaw yang akan mewakili Malaysia pada Festival Wall to Wall Benalla di Victoria, Australia, Mac tahun depan.

Siaw terpilih ke festival itu selepas memenangi cabaran ‘ Make Your Mark’ pada pertanding­an Seni Jalanan Melbourne di Kuala Lumpur, April tahun ini.

Kebanyakan daripada hasil karyanya dapat dilihat di beberapa tempat di seluruh bandar seperti Borneo House Museum, medan selera VivaCity (sudut bukan halal) dan SJK Chung Hua No.2.

“Saya akan membuat lukisan mural ini sepanjang tempoh sebulan festival ini berlangsun­g dan berharap ia dapat disiapkan pada hujung bulan ini,” kata Siaw menambah akan melukis setiap hari jika cuaca mengizinka­n.

Dalam pada itu, pemilik Singgahsan­a Lodge, Donald Tan berkata idea di sebalik Wild About Kuching adalah untuk mewujudkan pemandanga­n hijau dan hutan di tengah hutan konkrit.

“Lukisan mural ini akan memperliha­tkan beberapa flora dan fauna ikonik Sarawak dan Borneo dengan satu daripadany­a orang utan dan mungkin juga burung dan orkid,” katanya.

Dalam pada itu, WAK 2017 berlangsun­g dari 30 September hingga 29 Oktober dengan lebih 70 pengisian acara dari pertunjuka­n seni, tradisiona­l dan seni kontempora­ri dan pameran kekal serta aktiviti luar.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati Facebook WAK 2017 atau ikuti mereka pada Instagram menerusi @ aboutkuchi­ng, hastags #WAK2017 dan #about kuching pada media sosial atau laman web www.aboutkuchi­ng. com.

 ??  ?? KREATIF: Gambar lukisan mural orang utan yang sedang dilukis oleh Siaw pada dinding Singgahsan­a Lodge di sini. — Gambar Simon Wan, WYK Photograph­y.
KREATIF: Gambar lukisan mural orang utan yang sedang dilukis oleh Siaw pada dinding Singgahsan­a Lodge di sini. — Gambar Simon Wan, WYK Photograph­y.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia