Utusan Borneo (Sarawak)

Pola taburan hujan dikaji

Maklumat sedia ada tidak lagi tepat, data penting untuk rancang projek tebatan banjir: Wan Junaidi

- TEMPATAN

KUCHING: Kajian sedang dijalankan bagi melihat semula secara menyeluruh perubahan pola taburan hujan dan banjir di seluruh negara berikutan perubahan iklim semasa.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kajian ini amat perlu bagi mendapatka­n data serta maklumat yang tepat mengenai pola taburan hujan terkini.

Data serta maklumat daripada kajian ini, katanya, akan membolehka­n kerajaan merancang projek khususnya tebatan banjir yang lebih efektif.

“Berdasarka­n maklumat yang kita terima daripada Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Met Malaysia), data dan maklumat mengenai pola taburan hujan pada tahun 2012 hingga 2014 tidak lagi tepat untuk masa kini.

“Justeru, saya telah memberi arahan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia untuk melihat dan mengkaji semula fakta tepat mengenai pola taburan hujan bersama Met Malaysia dan Institut Penyelidik­an Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM),” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaik­an geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi kawasan Parlimen Santubong di Dewan Serbaguna, Pusat Khidmat Parlimen Santubong, Jalan Kulas di sini, semalam.

Wan Junaidi berkata, kajian ini akan mengambil masa sebulan atau lebih dan dijangka siap pada pertengaha­n bulan November untuk dibentangk­an kepada Kabinet Persekutua­n.

“Saya telah memaklumka­n kepada Jemaah Menteri yang dipengerus­ikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara ini dan kita akan membentang­kan kajian semula ini untuk perhatian kabinet.

“Walaupun apa yang kita bentangkan ini nanti tidak dapat dimasukkan dalam Bajet 2018, tetapi ia akan dijadikan sebagai panduan kepada kita terutama kementeria­n untuk merancang program pada tahun 2018 dan seterusnya,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Wan Junaidi berkata, kementeria­n juga akan memberi perhatian khusus berhubung masalah hakisan pantai di seluruh negara.

Daripada 6, 700 kilometer (km) kawasan pantai Malaysia, katanya, 10 peratus adalah kritikal dan perlu dibina benteng bagi mencegah hakisan.

“Di Sarawak, terdapat beberapa kawasan yang kritikal terutama kawasan pembanguna­n, bandar dan kampung umpamanya Sebangan, Maludam, Saribas, Kuching, Bako dan Buntal.

“Tempat-tempat yang kritikal ini akan diberi perhatian yang khusus oleh kerajaan termasuk yang berisiko terhakis,” katanya.

Wan Junaidi pada sidang media itu turut memberi peringatan awal kepada semua agensi yang berkaitan untuk bersiap sedia bagi menghadapi kemungkina­n banjir yang mungkin melanda negara berikutan perubahan cuaca daripada kering kepada hujan.

Berdasarka­n maklumat yang kita terima daripada Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Met Malaysia), data dan maklumat mengenai pola taburan hujan pada tahun 2012 hingga 2014 tidak lagi tepat untuk masa kini. Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

 ??  ??
 ??  ?? SIDANG MEDIA: Wan Junaidi (tengah) bercakap pada sidang media selepas penyampaia­n Geran MRP bagi Parlimen Santubong di Kuching, semalam.
SIDANG MEDIA: Wan Junaidi (tengah) bercakap pada sidang media selepas penyampaia­n Geran MRP bagi Parlimen Santubong di Kuching, semalam.
 ??  ?? GUNA SEBAIKNYA: Wan Junaidi (empat kanan) menyampaik­an geran MRP kepada salah seorang wakil penerima bagi kawasan Santubong di Kuching, semalam.
GUNA SEBAIKNYA: Wan Junaidi (empat kanan) menyampaik­an geran MRP kepada salah seorang wakil penerima bagi kawasan Santubong di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia