Utusan Borneo (Sarawak)

Dua rumah setinggan ranap

Kebakaran berlaku di tapak lupus sampah Kuala Baram

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Penghuni dua rumah setinggan pasrah apabila kediaman mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di kawasan pelupusan sampah, Batu 1, Jalan Kuala Baram, di sini awal pagi semalam.

Kebakaran berlaku mengakibat­kan kedua- dua rumah terbabit musnah sepenuhnya namun tiada sebarang kecederaan mangsa dilaporkan.

Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan dua rumah iaitu pertama sebuah rumah dua tingkat berstruktu­r separuh kekal didiami sebuah keluarga terdiri daripada tiga orang.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Miri Penguasa Kanan Bomba I ( PgKB I) Law Poh Kiong berkata tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Lopeng diketuai Pegawai Bomba Kanan II ( PBK II) Ellai Bidang bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.56 pagi.

“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan dua rumah iaitu pertama sebuah rumah dua tingkat berstruktu­r separuh kekal didiami sebuah keluarga terdiri daripada tiga orang.

“Manakala rumah kedua pula adalah stor berstruktu­r tidak kekal didiami seorang warga Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan kepada media semalam.

Anggota bomba mengambil masa hampir satu jam untuk mengawal kebakaran.

Api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya dan operasi tamat sekitar jam 3.13 pagi.

Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Miri

 ??  ?? MUSNAH: Rumah setinggan musnah dijilat api.
MUSNAH: Rumah setinggan musnah dijilat api.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia