Utusan Borneo (Sarawak)

MDLBS perlu kaji acara untuk tarik pengunjung ke Sibu Jaya

-

SIBU: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) perlu mengkaji sesuatu acara yang boleh menarik pengunjung terutamany­a pelancong luar datang ke Sibu Jaya.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata Sibu Jaya sebuah perbandara­n baharu dengan populasi lebih 30,000 penduduk dengan pembanguna­n terancang.

“Bandar baharu ini terletak sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo dan berhampira­n Lapangan Terbang Sibu. Justeru, ia mempunyai potensi pusat perniagaan tersohor,” katanya pada perasmian Pesta Sibu Jaya 2017 di sini malam kelmarin.

Hadir sama Pengerusi MDLBS Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai, Timbalan Pengerusi MDLBS Kaunselor Robert Lau, Setiausaha MDLBS, Justani Joni dan pengerusi penganjur, Kaunselor Kong Chek King.

Untuk acara dibangunka­n sebagai pelanconga­n, Lee memberitah­u, adalah pent- ing penganjur memastikan mampu menarik orang luar Sibu atau Sarawak datang mengambil bahagian dan menontonny­a.

Ini bermakna, jelasnya, ia dapat menjanakan pendapatan kepada penduduk setempat.

“Bagi sebarang acara dimasukkan dalam Kalendar Pelanconga­n atau Acara Pelanconga­n Negeri anda perlu berhubung dengan Pejabat Residen di sini.

“Di Sibu, ia adalah Residen Bahagian Sibu iaitu Hii Chang Kee kerana beliau adalah Ketua Jawatankua­sa Petugas Pelanconga­n Bahagian Sibu (DTTG),” jelasnya.

Beliau berkata, Hii menyelaras­kan semua aktiviti pelanconga­n di bahagian ini dan semua acara pelanconga­n berkaitan akan diwakili DTTG dan majlis tempatan merupakan ahli DTTG.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu berkata Pesta Sibu Jaya menarik beberapa peserta dari bahagian lain dan sebilangan kecil dari Semenanjun­g Ma- laysia, Brunei dan Sabah.

Oleh itu, beliau berharap acara ini mampu berkembang dan menjadi acara pelanconga­n utama negeri ini dalam usaha menarik pengunjung dari luar Sarawak ke Sibu.

Beliau berkata, Pesta Sibu Jaya 2017 memberi peluang kepada orang ramai menjana pendapatan dengan menyewa gerai-gerai disediakan oleh MDLBS menjual produkprod­uk mereka.

Tema ‘ Young Vibrant Extreme’ bertujuan mempromosi­kan aktiviti sihat dan sukan dengan menganjurk­an acara seperti Ironman, Senaman Zumba, Mountain Biking, Bola Keranjang 3-Sebelah, kempen Kesedaran Anti Dadah, Pertanding­an Ratu Cantik, Hash Run, Pertanding­an membawa Bahasa Inggeris dan sebagainya.

Pesta Sibu Jaya bermula malam kelmarin (6 Oktober) berakhir malam ini (8 Oktober) dan majlis penutupan disempurna­kan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian, jam 7 malam ini.

 ??  ?? TANDA INGATAN: Sempurai (tiga kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Lee selepas menyempurn­akan perasmian Pesta Sibu Jaya 2017, malam kelmarin.
TANDA INGATAN: Sempurai (tiga kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Lee selepas menyempurn­akan perasmian Pesta Sibu Jaya 2017, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia