Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an Joran Tg Datu berskala besar tahun depan

Promosi, persediaan agresif dilakukan lebih awal: Jamilah

- Oleh Saibi Gi

SEMATAN: Pertanding­an Joran Tanjung Datu bertaraf antarabang­sa bakal dilaksanak­an tahun depan sekali gus menjadikan tarikan Sematan di kalangan pelancong.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu berkata promosi dan persediaan secara agresif dilakukan lebih awal bagi memastikan perancanga­n tesebut direalisas­ikan.

Menurutnya, joran antara progam bakal disenaraik­an dalam kalendar pelanconga­n yang turut diselitkan menerusi penganjura­n Pesta Sematan tahun depan.

“Tahun ini, kita menganjurk­an secara sederhana. Kalau tahun depan kita buka untuk peringkat antarabang­sa berdasarka­n sokongan penaja. Ia antara daya penarik kemeriahan Pesta Sematan pada kali ini.

“Penganjura­n Joran Tanjong Datu pada kali ini, bagi mengingati Tok Nan ( Allahyaram Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem) meminati aktiviti memancing,” katanya pada majlis perasmian Pesta Sematan 2017 di sini semalam.

Jamilah berkata sejumlah RM24,000 hadiah disediakan bagi meneruskan sokongan penaja untuk

Tahun ini, kita menganjurk­an secara sederhana. Kalau tahun depan kita buka untuk peringkat antarabang­sa berdasarka­n sokongan penaja. Ia antara daya penarik kemeriahan Pesta Sematan pada kali ini. Datuk Amar Jamilah Anu ADUN Tanjong Datu

penganjura­n Joran Tanjong Datu pada tahun ini.

Katanya, seramai 140 kaki pancing menyertai pertanding­an memancing Joran Tanjong Datu yang berlangsun­g semalam dan berakhir hari ini.

Mengenai penganjura­n Pesta Sematan, katanya, dia tidak menjangka sambutan luar biasa daripada pengunjung sepanjang pesta berlangsun­g.

“Walaupun perancanga­n belum mencukupi, namun ia berlangsun­g cukup meriah sekali. Tahun depan kita, menganjurk­an dengan lebih meriah menerusi persediaan rapi,” katanya.

Beliau berkata, Pesta Sematan bukan sahaja untuk untuk berhibur tetapi untuk pembanguna­n insan dengan penganjura­n pelbagai aktiviti dengan kerjasama agensi kerajaan.

 ??  ?? PESTA SEMATAN: Jamilah melambaika­n tangan ke arah para peserta pertanding­an Joran Tanjong Datu di Sematan.
PESTA SEMATAN: Jamilah melambaika­n tangan ke arah para peserta pertanding­an Joran Tanjong Datu di Sematan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia