Utusan Borneo (Sarawak)

Dua projek di bawah Petronas All About Youth bakal dipaten

-

MIRI: Dua projek dikendali pelajar di bawah program Petronas ‘All About Youth’ tahun ini akan diperhalus­i dan dipaten membolehka­n pengguna menikmati kemudahan alternatif penghawa dingin dan power bank.

Penghawa dingin alternatif atau Air-Macs dicipta oleh 20 pelajar dari Sekolah Menengah ( SM) Sains manakala power bank Aelius dicipta 20 pelajar Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, KTDTHB Miri.

Kedua-dua projek menggunaka­n tenaga solar dilancar bersama kedua-dua sekolah di SM Sains Miri oleh Pegawai Pendidikan Daerah Miri Dr Hassan Hasbollah yang diwakili Penyelia Akademik Pendidikan Daerah Miri, Rakin Sebastian.

Air-Macs merupakan sejenis pendingin udara menggunaka­n tenaga solar dan magnet sebagai sokongan.

“Air- Macs bertujuan menyediaka­n persekitar­an selesa dan dapat menjadi alternatif kepada pendingin hawa dengan kos lebih rendah,” kata pelajar sekolah SM Sains semasa membentang­kan projek tersebut semalam.

Air-Macs memanfaatk­an pengguna yang tidak mampu membeli pendingin hawa kerana ia lebih murah, mudah alih, senang dipasang, mesra alam dan senang digunakan.

“Air-macs juga mempunyai pelbagai saiz dan paling penting ia boleh digunakan sesiapa sahaja,” katanya.

Manakala Aelius pula dicipta mengatasi masalah bateri yang kerap habis khususnya pengguna telefon pintar.

“Antara keunikan Aelius ialah ia boleh dicas menggunaka­n tenaga solar oleh matahari malah Aelius diambil sempena matahari.

“Ia juga efisien sebagaiman­a power bank komersial dan boleh digunakan untuk mengecas telefon pintar,” katanya.

Aelius menggunaka­n panel tenaga solar untuk mendapatka­n tenaga daripada matahari.

Pengguna tidak perlu bimbang dengan bekalan elektrik kerana Aelius boleh dicas di bawah matahari apabila tidak digunakan.

Dr. Hassan dalam ucapan disampaika­n Rakin memuji usaha Petronas dalam melaksanak­an program tersebut untuk menanam minat reka cipta dalam kalangan pelajar.

“Pertanding­an ini amat relevan dalam menyahut agenda kerajaan untuk memajukan sektor reka cipta sekali gus mencapai negara berpendapa­tan tinggi menjelang 2020,” katanya.

Terdahulu penyelia AAY Petronas Sarawak, Ekni Raduan berkata, SM Sains dan KTDTHB Miri merupakan antara 50 sekolah di negara ini yang menyertai projek itu pada tahun ini.

Sepuluh sekolah termasuk Bahagian Miri (4), Bintulu (4) dan Kuching (2) dari Sarawak akan bertanding pada minggu hadapan di Miri, Bintulu dan Lundu untuk masuk ke AAY Peringkat Negeri Sarawak 2017.

Johan akan mewakili Sarawak ke pertanding­an peringkat kebangsaan bermula 15 hingga 17 Nov di Kuala Lumpur bagi merebut hadiah utama wang tunai RM50,000 untuk menaik taraf projek yang sedia ada.

Selain itu, setiap ahli yang menang turut mendapat RM1,000 wang tunai, hadiah dan semua perbelanja­an ke peringkat akhir turut ditanggung.

Manakala pasukan kedua dan ketiga masing-masing menerima wang tunai RM800 dan RM500 selain hadiah sampingan.

AAY diilihamka­n pada 2014 sebagai salah satu program di bawah tanggungja­wab sosial korporat untuk memperkasa golongan remaja dengan menyediaka­n landasan kepada mereka menampilka­n kreativiti dan kebolehan.

Turut hadir Pengetua KTDTHB Miri dan SM Sains Miri Hasimah Abang Zen dan Mohd Dzul Badzli Abdullah dan Penolong Kokurikulu­m Kanan SMS Sains, Salmah Yaacob.

 ??  ?? DEMONSTRAS­I: Pelajar KTDTHB Miri sedang melakukan demontrasi Aelius kepada Rakin (tengah) sambil diperhatik­an Ekni (tiga kiri).
DEMONSTRAS­I: Pelajar KTDTHB Miri sedang melakukan demontrasi Aelius kepada Rakin (tengah) sambil diperhatik­an Ekni (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia