Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sentiasa sokong usaha martabat keunikan kaum S’wak

-

LIMBANG: Kerajaan sentiasa menyokong penuh langkah dan inisiatif agensi kerajaan, persatuan etnik dan suku kaum dalam mengetenga­hkan potensi dan keunikan tradisi etnik terdapat di kawasan masing-masing.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata program disenarai dalam kalendar pelanconga­n negeri harus dilaksana dengan baik sekali.

“Program kebudayaan khususnya tersenarai dalam kalendar pelanconga­n negeri harus ditingkatk­an daripada aspek kualiti penganjura­n dan dipelbagai daya tarikanya.

“ini penting menjadikan­nya sebagai sebuah program menarik dan dinantikan kehadiaran­ya oleh pelbagai lapisan masyarakat,”katanya pada perasmian Hari Bukit Mas 2017 disini semalam.

Turut sama ialah Residen Bahagian Limbang Datu Maria Hasman, Pegawai Daerah Limbang Jamalie Busri, Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat, Timbalan Wali Kota Kaunselor Dahlan Dullah dan Setiausaha MDL Shariman Faizul Abdullah.

Penguang berkata lagi aspek keselamata­n perlu diambil kira bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Mengulas lanjut mengenai Hari Bukit Mas katanya pelbagai keunikan diadakan termasuk Cabaran Obstacle Limbang anjuran MDL dan Kelab Gimnasium Rakyat Limbang.

Selain itu katanya acara-acara lepas masih dikekalkan termasuk pertanding­an kereta, motosikal dan basikal berhias, dan pelbagai aktiviti kebudayaan lain.

“Pesta ini bukan saja mendapat sambutan masyarakat setempat malah juga dari negara Brunei.

“Melalui usaha sebegini, ia penting dalam memartabat kawasan dan meningkatk­an taraf hidup rakyat melalui kemudahan riadah dan peluang perniagaan, perkhidmat­an dan ecopelanco­ngan,”katanya.

Hari Bukit Mas ujarnya mampu menjadi satu produk pelanconga­n cukup istimewa selaras objektif kerajaan untuk memperkasa­kan ekonomi melalui aktiviti pelanconga­n.

“Keindahan alam yang merangkumi Tasik Mas dan hutan Bukit Mas merupakan tarikan utama dalam industri pelanconga­n,” katanya.

Beliau mahu keindahan semulajadi di tasik itu dapat dijaga baik bagi menarik lebih ramai pelancong terutama dari luar negara ke daerah ini.

Hari Bukit Mas memasuki edisi ke- 14 penganjura­nnya menampilka­n kelainan dalam usaha untuk menarik kemasukan pengunjung tempatan dan luar ke selain memperkena­lkan Taman Tasik Bukit Mas yang popular di daerah ini.

Selain mengekalka­n pertanding­an Mr Wonderful yang disertai peserta bina badan daripada wilayah kepulauan seBorneo, pelbagai kelainan turut diadakan kali ini.

“Antaranya Limbang Obstacle Challenge dan pertanding­an kereta, motosikal dan basikal berhias,” katanya.

Aktiviti lain diadakan termasuk membabitka­n derma darah, saringan kesihatan, karaoke, pertanding­an mewarna, melukis, memancing, pakaian beragam dan pertanding­an gubang, menangkap itik dan pertanding­an tarik tali tiga penjuru menggunaka­n kain pelikat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia