Utusan Borneo (Sarawak)

Wan Junaidi sedia pertahan kerusi Parlimen Santubong pada PRU14

-

KUCHING: Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sedia mempertaha­nkan kerusi Parlimen Santubong pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Penyandang lima penggal yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, beliau masih berupaya untuk berkhidmat jika dicalonkan semula.

Namun, katanya, keputusan adalah di tangan Perdana Menteri dan Ketua Menteri dan beliau akan patuh dengan keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi parti.

“Saya mempunyai pandangan terbuka dalam perkara ini dan saya daripada mula dipilih sebagai calon hingga hari ini tetap patuh kepada kepimpinan tertinggi dalam parti dan kerajaan.

“Jadi kalau kepimpinan negeri dan juga Perdana Menteri setuju untuk saya dicalonkan saya akan bertanding semula,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas penyampaia­n geran projek kecil luar bandar (MRP) bagi Parlimen Santubong di Dewan Serbaguna, Pusat Khidmat Parlimen Santubong, Jalan Kulas di sini, semalam.

Sebanyak 71 pertubuhan dan persatuan menerima geran masing-masing dengan keselu- ruhan peruntukan berjumlah RM247,920.

Tambah Wan Junaidi, sejak menyandang kerusi Santubong pada 2014, banyak perkhidmat­an dan pembanguna­n yang telah dibawa oleh beliau melebihi daripada jangkaan.

Malah, katanya, beliau tiada masalah dengan sebarang perbezaan agama dalam kawasan yang disandangn­ya di mana peruntukan diberikan secara adil kepada semua masjid, surau, gereja mahupu tokong.

Bahkan di kementeria­n, beliau merupakan menteri yang pertama mengadakan sambutan Gawai di peringkat kementeria­n serta Kaamatan.

“Dalam kementeria­n saya terdapat 700 kakitangan dari Sarawak dan Sabah dan saya memastikan bahawa kebajikan mereka dijaga.

“Malah, kementeria­n ini juga telah mengadakan sambutan Tahun Baharu Cina buat pertama kalinya selepas saya menerajui kementeria­n ini dan akan datang kita akan adakan pula sambutan Deepavali,” katanya.

Pada PRU13 tahun 2013, Wan Junaidi mempertaha­nkan kerusi Santubong dengan majoriti 20,936 undi menewaskan calon PKR Zulrusdi Mohd Hol, calon bebas Affandi Jeman dan calon STAR, Mura Kadir.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Sufian (dua kiri) menyerahka­n cenderamat­a berupa replika kerbau kepada Penguang, disaksikan Jamalie (kiri), Maria dan Shariman (kanan).
TERIMA KASIH: Sufian (dua kiri) menyerahka­n cenderamat­a berupa replika kerbau kepada Penguang, disaksikan Jamalie (kiri), Maria dan Shariman (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia