Utusan Borneo (Sarawak)

Festival muzik medium terbaik bangun pelanconga­n Miri

-

MIRI: Festival muzik dilihat mampu menawarkan peluang besar untuk pembanguna­n pelanconga­n mampan, jelas Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin.

Justeru katanya, Miri sebagai bandar raya peranginan antara lokasi ideal bagi menganjurk­an festival muzik daripada pelbagai genre.

“Untuk pelanconga­n baik khususnya di sini, kita perlu menwarkan pelbagai acara boleh memenuhi kehendak semua orang menerusi muzik.

“Di Miri, kita bermula dengan penganjura­n Borneo Jazz, diikuti Miri Country Music Festival dan sekarang julung kali dianjur Rocktober Fest Borneo 2017,” katanya.

Jelasnya, ini menunjukka­n bahawa Miri mampu menawarkan pelbagai pilihan muzik untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira pilihan muzik.

Lee berkata demikian pada sidang media melancarka­n Rocktober Fest Borneo 2017 anjuran NorthEaste­rn Group, petang Khamis lalu.

Hadir sama ialah wakil Majlis Bandaraya Miri (MBM) Kaunselor Karambir Singh dan wakil NorthEaste­rn Group Joseph Kaos Jr.

Jelasnya, Rocktober Fest Borneo terbabit akan mengumpul peminat muzik rock untuk bersama menghayati muzik dari 37 kumpulan rock tempatan dan luar negara yang beraksi selama dua hari, 6 dan 7 Oktober tersebut.

Kaunselor Karambir mewakili Datuk Bandar MBM Adam Yii berkata, MBM sentiasa menyokong sepenuhnya usaha tempatan untuk menghidupk­an suasana Miri.

“Penganjura­n Rocktober Fest Borneo ini juga secara langsung sebahagian usaha mempromosi­kan Miri sebagai destinasi pelanconga­n menarik selain menawar pel- bagai acara tempatan untuk pelancong dari luar.

“Malah, Rocktober terbabit bukan sahaja menampilka­n pemuzik rock tempatan dan terkemuka negara dan antarabang­sa, ia juga menyediaka­n platform generasi muda mempamerka­n bakat seni muzik mereka,” katanya.

Terdahulu, Joseph berkata penganjura­n julung kali Rocktober Fest itu adalah kesinambun­gan kepada acara kecil yang diadakan oleh pihaknya iaitu ‘Alice Live Series’ dengan membawa kumpulan band yang terkenal membuat persembaha­n di Miri.

“Selepas mendapat respon positif daripaa penggemar muzik di sini, kami memutuskan untuk melakukan sesuatu lebih besar, dan oleh sebab itu Rocktober Fest Borneo diadakan untuk julung kalinya di sini,” tambahnya.

Lebih 4,000 peminat muzik rock dijangka memeriahka­n acara selama dua hari terbabit yang bermula 2 petang hingga 12 tengah malam di Hotel Parkcity Everly Miri dengan menampilka­n band dari Malaysia, Filipina dan Brunei antaranya Hujan, Estranged, XPDC, Oh Chentaku, OAG, Bunkface dan Slapshock. MIRI: Isu buli di sekolah tidak boleh dipandang sebelah mata sebaliknya memerlukan komitmen semua pihak untuk mencegah penularan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau Datuk Sebastian Ting berkata sekolah sepatutnya menjadi gedung ilmu bukannya tempat melahirkan pembuli atau samseng.

“Perbuatan membuli, sama ada berseronok atau kerana benci dan ingin membalas dendam tidak wajar menjadi budaya menunjangi institusi sekolah,” katanya merasmikan Kempen Derma 1,000 Selipar dan Telekung di sini semalam.

Tegasnya, sekolah sepatutnya menjadi tempat selamat kepada pelajar mencari ilmu pengetahua­n bukan tempat menunjukka­n kekuatan.

“Buli merupakan satu bentuk penyalahgu­naan melalui perbuatan mengasari orang lemah dengan tujuan untuk menunjukka­n kekuatan diri.

Buli boleh berlaku dalam bentuk fizikal seperti memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut atau mencubit serta mengejek,” jelasnya.

Sehubungan itu, ibu bapa perlulah meluangkan masa dan mencurahka­n kasih sayang sepenuhnya kepada anakanak.

Pada masa sama sentiasa peka aktiviti yang dilakukan anakanak serta mengambil tahu latar belakang rakan sebaya mereka.

Guru juga katanya haruslah arif dalam mengesan sebarang tanda negatif atau perubahan dalam diri seseorang pelajar itu.

Seumpamany­a, melihat gelagat pelajar sentiasa periang di sekolah telah berubah identitiny­a dengan mendiamkan diri dan mengasingk­an diri.

“Ia mungkin memaparkan tanda seseorang pelajar itu mungkin dibuli atau terlibat dalam sebarang masalah memerlukan perhatian guru di sekolah,” katanya.

“Usaha ini, ia tambah beliau dapat membantera­s anak-anak muda pada hari ini daripada terjebak dalam kancah gejala seperti ini,” katanya.

Sementara itu, kempen anjuran Batas Malaysia cawangan Miri itu bertujuan memupuk kesedaran kepada masyarakat untuk berbuat kebaikan.

Sumbangan selipar dan telekung itu akan diserahkan kepada kepada surau dan masjid yang terpilih di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia