Utusan Borneo (Sarawak)

Sebuah pusat tahfiz di Suai terima lapan notis tidak patuh syarat bomba

-

MIRI: Sebuah pusat tahfiz di Suai, Niah, dekat sini diberikan notis oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kerana gagal mematuhi peraturan keselamata­n.

Ketua JBPM Miri Penguasa Kanan Bomba I (PgKB I) Law Poh Kiong berkata antara gagal dipatuhi ialah tidak terdapat kelengkapa­n mencegah kebakaran seperti alat pem- adam api, lampu kecemasan dan tanda keluar kecemasan, bahan binaan bangunan bukan bahan kalis api dan tiada bahagian pengasinga­n antara asrama dan bilik asrama.

“Lapan notis dikeluarka­n pada pusat tahfiz berkenaan di bawah Seksyen 2 (c) Akta 341 iaitu tidak terdapat apaapa kelengkapa­n menentang kebakaran atau pepasangan keselamata­n kebakaran.

“Apabila semakan dibuat, pusat tahfiz berkenaan memang tidak berdaftar dan tidak memenuhi syarat dari bomba sebelum ini,” katanya kepada Utusan Borneo ketika dihubungi semalam.

Pusat tahfiz berkenaan antara empat pusat tahfiz di Miri diperiksa oleh Jawatankua­sa Khas JBPM pada 17 hingga 25 September lepas.

Daripada empat pusat tahfiz itu, dua daripadany­a merupakan sekolah tahfiz berasrama penuh manakala dua lagi harian.

Mengulas lanjut, Law berkata secara keseluruha­nnya, pihak tahfiz bekerjasam­a penuh dan akan melaksanak­an syarat bomba dalam meningkatk­an keselamata­n bangunan.

“Bomba turut mengadakan ceramah keselamata­n kebaka- ran dan demonstras­i alat pemadaman api di premis sekolah tahfiz di Lutong.

“Pemeriksaa­n akan berterusan dan bakal menyusul kepada premis asrama yang lain seperti rumah anak yatim.

Sementara itu, Law memberitah­u bomba dalam proses memberi latihan penuh kepada semua premis tahfiz dan menubuhkan skuad bomba di sekolah tahfiz sekitar Miri.

 ??  ?? TIDAK SELESA: Antara bilik asrama tempat pelajar tahfiz tidur di sebuah premis di Suai, Niah.
TIDAK SELESA: Antara bilik asrama tempat pelajar tahfiz tidur di sebuah premis di Suai, Niah.
 ??  ?? DEMONSTRAS­I: Pegawai bomba sempat mengajar cara-cara menggunaka­n alat pemadam api semasa kebakaran kepada pelajar sebuah sekolah tahfiz di Lutong.
DEMONSTRAS­I: Pegawai bomba sempat mengajar cara-cara menggunaka­n alat pemadam api semasa kebakaran kepada pelajar sebuah sekolah tahfiz di Lutong.
 ??  ?? MARI BERAMAL: Sebastian (tiga kanan, barisan belakang) menunjukka­n tanda bagus sebagai sokongan terhadap Kempen Derma 1,000 Selipar dan Telekung di Miri semalam.
MARI BERAMAL: Sebastian (tiga kanan, barisan belakang) menunjukka­n tanda bagus sebagai sokongan terhadap Kempen Derma 1,000 Selipar dan Telekung di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia