Utusan Borneo (Sarawak)

Perbanyak promosi tingkat hasil pasar tamu: Lee

MBM diminta bantu penduduk menyedari kewujudan pasar tamu di kawasan tempat tinggal mereka

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) perlu memperbany­ak promosi bagi membantu meningkatk­an pendapatan penjaja melalui dua pasar tamu baharu.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin berkata ia penting agar pasar tamu terbabit tidak sunyi atau lengang tiada pelanggan.

“Kita berharap dengan dua pasar tamu masing-masing di Mosjaya dan Permyjaya mencapai objektifny­a dalam membantu meningkatk­an pendapatan penjaja,” katanya semasa merasmikan Pasar Tamu Permyjaya semalam.

Menurutnya, promosi

Kita berharap dengan dua pasar tamu masing-masing di Mosjaya dan Permyjaya mencapai objektifny­a dalam membantu meningkatk­an pendapatan penjaja.

menerusi gegantung, poster dan sebagainya dapat membantu penduduk setempat menyedari kewujudan pasar tamu di kawasan tempat tinggal mereka.

“Penduduk tidak lagi perlu bersusah payah membeli barangan mentah jauh di kawasan tempat tinggal mereka sebaliknya membeli di pasar tamu di sini,” jelasnya.

Lee juga Ahli Dewan Undangan Senadin berkata satu lagi pasar tamu iaitu di Jalan Marigold Senadin kini dalam projek pembinaan dan bakal beroperasi kelak.

“Kita berharap penjaja di ketiga- tiga pasar tamu ini memohon lesen membolehka­n mereka menjual barangan mentah mereka tanpa rasa takut diburu penguat kuasa,” katanya.

Bahkan, kemudahan yang disediakan kerajaan itu dapat membantu penjaja mening- katkan pendapatan melalui hasil jualan mereka.

Sehubungan itu, MBM serta kaunselor yang bertanggun­gjawab ke atas ketiga-tiga pasar tamu ini perlu agresif mempromosi­kan pasar tamu berkenaan.

Pasar tamu Permyjaya yang menelan kos pembinaan RM300,000 itu mampu menampung 80 penjaja dengan keluasan 360 meter persegi.

Kawasan tanah lapang luas dengan kawasan parkir yang banyak di belakang bangunan komersial Desa Pujut 2 antara faktor ia dijadikan lokasi pasar tamu.

Hadir sama ialah Datuk Bandar MBM, Adam Yiee, Timbalanny­a Julaihi Mohamad serta kaunselor-kaunselor MBM.

Datuk Lee Kim Shin Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

 ??  ?? SUDAH BEROPERASI: Lee (empat kiri) dan Adam (enam kanan) memotong reben sebagai simbolik perasmian pasar tamu Permyjaya di Miri semalam.
SUDAH BEROPERASI: Lee (empat kiri) dan Adam (enam kanan) memotong reben sebagai simbolik perasmian pasar tamu Permyjaya di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia