Utusan Borneo (Sarawak)

SUPP Piasau selesai 25 kes permohonan warganegar­a

-

MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Piasau berjaya menyelesai­kan 25 kes permohonan taraf kewarganeg­araan Malaysia.

Pengerusin­ya, Datuk Sebastian Ting berkata, permohonan melibatkan pelbagai kategori kes yang dirujuk kepada beliau sejak dipilih sebagai Pengerusi bermula 2012.

“Ada kes melibatkan kanak-kanak yang ibu bapa warga asing, kes ibu dan bapa yang berkahwin di negara lain, pasangan suami isteri yang berlainan warganegar­a dan pelbagai kategori lagi, “jelas beliau ditemui semalam.

Berdasarka­n rekod, sebanyak 186 penduduk telah merujuk kes berhubung kewarganeg­araan di SUPP Piasau dalam tempoh lima tahun.

Daripada jumlah itu, 25 kes telah diselesaik­an se- mentara selebihnya masih tertunggak.

Semalam, Cheryl Yap Shan Ru berusia 6 tahun ditemani ayah Yap Siaw Teck menemui ADUN Piasau itu di pejabat SUPP untuk berkongsi berita gembira.

Cheryl yang sebelum ini didaftarka­n bukan warganegar­a oleh Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) dalam sijil kelahirann­ya, telah diluluskan permohonan taraf kewarganeg­araan Malaysia.

Ting memberitah­u, permohonan kewarganeg­araan telah dibuat pada 10 September 2012 oleh Yap.

Permohonan dengan surat sokongan dari SUPP Piasau telah diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 23 September 2015.

Lebih empat tahun menanti, Yap menerima surat kelulusan permohonan war- ganegara Malaysia kepada anaknya dari Ketua Pengarah Jabatan Pendaftara­n Negara pada 30 Ogos 2016.

Cheryl telah didaftarka­n dan menerima Sijil Kewarganeg­araan Malaysia pada 10 Januari 2017.

Yap memberitah­u, kesukaran anak pertamanya itu mendapat status kewarganeg­araan adalah kerana masalah pendaftara­n sijil perkahwina­n beliau dengan isterinya yang merupakan warganegar­a Indonesia

Bagaimanap­un status kewarganeg­araan tidak dihadapi oleh adik Cheryl yang berusia tiga tahun.

“Saya amat berterima kasih kepada Datuk Sebastian Ting atas segala yang dilakukan. Saya amat menghargai pertolonga­n beliau, “jelas Yap.

 ??  ?? GEMBIRA:Cherylmenu­njukkan MyKID ditemani ayahnya, Yap dan Datuk Sebastian Ting (kiri) di SUPP Piasau semalam.
GEMBIRA:Cherylmenu­njukkan MyKID ditemani ayahnya, Yap dan Datuk Sebastian Ting (kiri) di SUPP Piasau semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia