Utusan Borneo (Sarawak)

Aidel puji semangat perpaduan masyarakat Cina di Sadong Jaya

-

SADONG JAYA: Semangat perpaduan dan keharmonia­n yang utuh dalam kalangan masyarakat Cina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sadong Jaya dikagumi dan mendapat pujian dari wakil rakyat di situ.

Malah, semangat perpaduan dan keharmonia­n masyarakat Cina dengan masyarakat lain di kawasan itu melambangk­an kesatuan rakyatnya yang berbilang kaum dan agama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Aidel Lariwoo berkata, semangat itu harus dikekalkan agar segala pembanguna­n yang dirancang dan sedang dilaksanak­an kerajaan dapat dijayakan dengan lancar.

“Inilah semangat yang perlu kita kekalkan kerana ia lambang sebuah masyarakat yang hidup dalam keadaan makmur dan harmoni tanpa mengira bangsa.

“Kehadiran delegasi Tua Pek Kong dari Kota Belud Sabah, Engkilili dan Sibu menambahka­n lagi kemeriahan dan semangat perpaduan dalam kalangan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-79 Tua Pek Kong dan Majlis Perasmian Dewan Kampung Jemukan Cina di sini, malam kelmarin.

Pada masa sama, Aidel mem- beritahu dengan semangat bersatu hati itu, ia dapat memacu ke arah peningkata­n ekonomi dan pembanguna­n di kawasan luar bandar terutamany­a di Sadong Jaya.

“Apa yang menjadi harapan saya adalah agar semangat ini menjadi contoh yang terbaik kepada rakyat di negeri ini khasnya dan Malaysia amnya untuk terus mengekalka­n semangat perpaduan yang ada dalam masyarakat kita,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar masyarakat Cina di Sadong Jaya terus memberi sokongan padu kepada kerajaan yang ada pada masa ini demi kelangsung­an pembanguna­n yang telah dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia