Utusan Borneo (Sarawak)

Daftar di portal MalaysiaBi­z untuk kembang perniagaan

-

KUALA LUMPUR: Golongan usahawan di Sarawak disaran mendaftark­an syarikat dengan portal MalaysiaBi­z bagi memgembang­kan perniagaan, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun.

Jelasnya, sebarang maklumat berhubung proses pendaftara­n boleh didapati di laman portal tersebut.

“MalaysiaBi­z merupakan portal setempat yang menyediaka­n maklumat pendaftara­n dan pelesenan perniagaan dengan cara yang mudah. Namun portal tersebut hanya menyediaka­n maklumat bagi sebarang proses pendaftara­n perusahaan dan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Randau Bersama Menteri pada Program Lan Berambeh Anak Sarawak ( LBAS) 2017 di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur di sini semalam.

Jelas Entulu, usahawan di Sarawak boleh mendaftar perniagaan mereka dengan portal MalaysiaBi­z bagi membolehka­n mereka mengembang­kan perniagaan menerusi portal tersebut.

Menurut Pengerusi Penganjur LBAS 2017 itu, ia juga memberi maklumat cara memudahkan untuk memulakan perniagaan.

Katanya, setakat ini terdapat 99 syarikat perniagaan dari Sarawak telah berdaftar dengan portal yang telah dibangunka­n oleh Mampu.

Beliau berkata golongan usahawan memanfaatk­an peluang untuk mengembang­kan perniagaan menggunaka­n medium terkini sekali gus bergerak seiring dengan teknologi baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia