Utusan Borneo (Sarawak)

Saksi ‘Rhythm and Beat About Kuching’ di Tebingan Kuching pada 21 Oktober

-

KUCHING: Luangkan masa sejenak untuk bersantai dengan persembaha­n seni badan ‘ Rhythm and Beat About Kuching’ pada 21 Oktober ini berdekatan Square Tower, Tebingan Kuching sekitar jam 4 petang.

Rhythm and Beat About Kuching salah satu acara dipersemba­h di bawah What About Kuching (WAK) 2017 yakni penganjura­n festival seni, kebudayaan dan gaya hidup rakyat di sini.

Salah seorang jurulatih, Malcolm Wu berkata ia merupakan sebuah platform baik membawa semua jenis seni untuk dipersemba­h ke- pada orang ramai.

Persembaha­n itu melibatkan enam jenis kategori iaitu Brazillian Jiu Jitsu (BJJ), Capoeira, tarian Samba , tarian Salsa , Muay Thai dan Laido.

“Kami datang daripada pelbagai genre juga dikategori sebagai seni. WAK bakal memberikan pengertian bermakna kepada peserta kerana ia lebih daripada sekadar meraikan seni.

“Malah ia turut menonjol seni kebudayaan masyarakat lainnya seperti Latin-Amerika, Thailand, Brazil dan Jepun,”katanya kepada The Borneo Post semalam.

Bercakap mengenai kebudayaan asing, Wu juga pengajar seni Capoeira, berkata mereka mahu menyedia dan mendedahka­n penduduk tempatan kepada lebih banyak cabang seni termasuk seni dari luar negara.

“Walaupun kami mempromosi bentuk seni datangnya dari luar negara tetapi pada masa sama ia turut mempromosi destinasi menarik di Kuching dan Sarawak kepada pelawat,” katanya. Turut diadakan ialah bengkel bermula 18 hingga 20 Oktober di di Tingkat 1, CityOne Exhibition Center Linkway dari jam 7 malam hingga 9 malam.

Pada tarikh sama, bengkel tarian Samba akan diadakan bermula dari jam 7.30 malam hingga 9 malam di Rebel Fitness Studio di S3 Curve di sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai bengkel tersebut, boleh menghubung­i Wu di talian 012-9083884.

Untuk kemas kini terbaharu, layari WAK 2017 di Facebook atau ikuti mereka di Instagram melalui @ aboutkuchi­ng. Juga lihat hashtags # WAK2017 dan #aboutkuchi­ng di media sosial atau laman web mereka di www.aboutkuchi­ng.com.

 ??  ?? SERTAI KAMI: Wu (tiga kanan) bersama-sama dengan jurulatih menjemput orang ramai untuk menyertai mereka di ‘Rhythm and Beat WAK 2017’ pada 21 Oktober ini.
SERTAI KAMI: Wu (tiga kanan) bersama-sama dengan jurulatih menjemput orang ramai untuk menyertai mereka di ‘Rhythm and Beat WAK 2017’ pada 21 Oktober ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia