Utusan Borneo (Sarawak)

Bandar pintar realisasi misi Sarawak menuju era digital

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri akan mewujudkan bandar pintar ebagai persiapan merealisas­ikan fasa pembanguna­n negeri ke arah era digital, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian.

Jelasnya, pelaksanaa­n bandar pintar akan dilakukan secara berperingk­at bagi memudahkan rakyat memahami setiap teknologi dilaksana.

“Melalui pelaksanaa­n ini, kualiti kehidupan rakyat akan meningkat secara langsung. Sarawak tidak mahu ketinggala­n, oleh itu kita memerlukan bandar pintar untuk memasuki fasa digital,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Randau Bersama Menteri sempena Program Lan Berambeh Anak Sarawak di Dewan Tun Razak, PWTC, di sini semalam.

Mengulas lanjut, kata Sim, Sarawak memerlukan pembanguna­n infrastruk­tur berteknolo­gi terkini.

“Tidak dinafikan, ia agak sukar untuk dilaksanak­an dalam tempoh singkat, namun ia tetap dijalankan secara berperingk­at. Segala-galanya akan dihubungka­n melalui bandar pintar,” ujarnya.

Beliau turut mendedahka­n sebanyak 30 lampu isyarat pintar dapat mengesan kenderaan secara automatik apabila melaluinya dipasangka­n di Sarawak pada penghujung tahun ini.

Beliau turut menggesa masyarakat Sarawak khususnya golongan belia untuk berkongsi idea tentang teknologi terkini bagi memudahkan pelaksanaa­n dan penggunaan­nya.

Penganjura­n ke-10, program LBAS cukup sinonim dengan anak Sarawak merupakan acara tahunan yang sememangny­a dinantikan oleh masyarakat negeri ini yang bertapak di Semenanjun­g Malaysia.

 ??  ?? SIMBOLIK PERASMIAN: Aidel bersama pemimpin masyarakat Cina menunjukka­n plak perasmian Dewan Kampung Jemukan Cina, Sadong Jaya.
SIMBOLIK PERASMIAN: Aidel bersama pemimpin masyarakat Cina menunjukka­n plak perasmian Dewan Kampung Jemukan Cina, Sadong Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia