Utusan Borneo (Sarawak)

LBAS ikon masyarakat Sarawak di Semenanjun­g

Program tahunan dinanti kumpul anak Sarawak berhijrah untuk bekerja atau melanjutka­n pengajian

- Daripada Mohd Shafik Ahmad

KUALA LUMPUR: Penganjura­n Program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) disifatkan sebagai ikon masyarakat Sarawak berada di Semenanjun­g Malaysia.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata program itu semenangny­a menjadi acara yang dinantikan setiap tahun.

Menerusi program tahunan itu katanya, masyarakat Sarawak berhijrah di Semenanjun­g Malaysia sama ada bekerja atau melanjutka­n pengajian dapat berkumpul.

“LBAS telah menjadi ikon kepada masyarakat Sarawak di Semenanjun­g Malaysia kerana setiap tahun penganjura­nnya pasti ditunggu-tunggu,” katanya.

Uggah berkata demikian

Semangat orang Sarawak, bersatu padu tidak kira di mana sahaja berada. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

ketika berucap pada Perasmian LBAS 2017 di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Mengulas lanjut, tambahnya LBAS 2017 merupakan edisi ke-10 sejak dimulakan pada 2007.

Uggah berkata rakyat Sarawak sinonim dengan perpaduann­ya tinggi bukan sahaja di negeri sendiri malah nilai turut dipraktika­n di luar negeri.

“Semangat orang Sarawak, bersatu padu tidak kira di mana sahaja berada,” katanya.

Apa yang penting, Uggah mahu semangat itu terus dikekalkan dengan bersama menyokong kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam membangunk­an negeri Sarawak sekali gus mensejahte­rakan rakyat.

Tegasnya, segala perancanga­n yang dilakukan Abang Johari katanya, bukan retorik politik sebaliknya sentiasa komited dalam pembanguna­n negeri menuju ke era digital menerusi objektif dan dasar kerajaan.

Beliau yakin, Sarawak mampu membangun selari dengan negara maju menjelang 2030.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Penganjur LBAS 2017, Datuk Joseph Entulu Belaun, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem, Menteri Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Anthony Nogeh Gumbek, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Prof Datuk Dr Sim Kui Hian.

 ??  ?? HUBUNGAN KUKUH: Uggah bersama bersama barisan menteri peringkat persekutua­n dan negeri ketika menyempurn­akan majlis perasmian LBAS 2017 di Kuala Lumpur semalam.
HUBUNGAN KUKUH: Uggah bersama bersama barisan menteri peringkat persekutua­n dan negeri ketika menyempurn­akan majlis perasmian LBAS 2017 di Kuala Lumpur semalam.
 ??  ?? RANDAU: Dr Sim ketika bercakap pada sesi Randau Bersama Menteri dalam Program Lan Berambeh Anak Sarawak.
RANDAU: Dr Sim ketika bercakap pada sesi Randau Bersama Menteri dalam Program Lan Berambeh Anak Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia