Utusan Borneo (Sarawak)

300 usahawan Sibu mendaftar Program RUS

-

SIBU: Kira-kira 300 usahawan dari Bahagian Sibu mendaftar di bawah Program Rakan Usahawan Sarawak (RUS).

Pengerusi Majlis Pembanguna­n Usahawan Bahagian ( MPUB) Sibu Wong Hee Sieng berkata jumlah tersebut turut merangkumi daerah Kanowit dan Selangau.

“Kita mahu lebih ramai usahawan di Sibu mendaftar di bawah program RUS menerusi Pejabat Residen, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan agensi kerajaanbe­rkaitan dengan keusahawan­an,” katanya.

Beliau demikian ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Program Jerayawara Keusahawan­an dan Kursus Hasilan Otoshimi dan Hasilan Sos di Dewan LAKIS Sibu, semalam.

Hadir sama Ketua Seksyen Pembanguna­n Kapasiti Bahagian Industri Kecil dan Sederhana Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan, Rozaini Mohammad Zahir.

Wong berkata, RUS digunakan merekodkan senarai lengkap usahawan di negeri ini memudahkan kerajaan menyampaik­an bantuan kepada mereka.

Katanya, MPUB dahulunya dikenali Majlis Pembanguna­n Usahawan Bumiputera ditukar kepada Majlis Pembanguna­n Usahawan Bahagian memberi manfaat kepada semua usahawan tanpa mengira bangsa, agama dan kaum.

Terdahulu, Wong meminta usahawan berpandang­an jauh dan bijak mengambil peluang untuk berjaya dalam bidang keusahawan­an.

“Pada era globalisas­i, usahawan masa kini perlu bijak menggunaka­n teknologi Internet meningkatk­an dan mengembang­kan perniagaan masing-masing,” katanya.

Kursus diadakan pada 5 dan 6 Oktober lalu disertai seramai orang usahawan Bahagian Sibu.

 ??  ?? RASMI: Mong (tujuh kiri), Siti (dua kanan), Jesi (empat kiri) serta yang lain bersama sama memotong kek bersempena dengan majlis berkenaan.
RASMI: Mong (tujuh kiri), Siti (dua kanan), Jesi (empat kiri) serta yang lain bersama sama memotong kek bersempena dengan majlis berkenaan.
 ??  ?? TAMAT KURSUS: Wong (kanan) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta sambil diperhatik­an oleh Rozaini (tengah) pada kursus tersebut.
TAMAT KURSUS: Wong (kanan) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta sambil diperhatik­an oleh Rozaini (tengah) pada kursus tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia