Utusan Borneo (Sarawak)

25 kanak-kanak ambil bahagian dalam ‘Little Cuddles Fair’ di Everrise Batu 4

-

KUCHING: Seramai 25 kanak-kanak berumur antara empat dan tujuh tahun mengambil bahagian dalam ‘Little Cuddles Fair’ di Everrise Batu 4 di sini semalam.

Pelbagai aktiviti permainan menarik diadakan untuk kanak-kanak ini termasuk permainan ‘ batu- kertasgunt­ing’ atau O-som pada acara yang bermula pada 1.30 petang.

Selain aktiviti menarik, kanak-kanak ini turut menikmati pelbagai aneka makanan enak dan minuman serta dihiburkan oleh badut.

Aktiviti ‘ Little Cuddles Fair’ yang berakhir hari ini, 8 Oktober disertai pelbagai jenama termasuk Friso, Mead Johnson, Abbott, Anmum, Fonterra, Snow, Johnson & Johnson, Jordan, Energizer, Lady First, Pet Pet, Dryers, Anakku, Freedom dan Maybird.

Pelbagai hadiah percuma turut diberikan pada pameran ini dari jam 9 .30 pagi hingga 10 malam.

Pelanggan dengan pembelian RM50 dan ke atas dalam satu resit akan menerima beg hadiah edisi khas daripada Everrise terhad satu beg untuk seorang pelanggan.

Peraduan mewarna kanakkanak turut berlangsun­g hari ini, 8 Oktober bermula jam 2 petang di lokasi yang sama.

Hanya 20 peserta terdiri dari kanak- kanak berusia tujuh hingga sembilan tahun akan dipilih untuk meny- ertai peraduan ini jika ibu bapa mereka membelanja­kan RM20 dan ke atas di Everrise Batu 4.

Peserta juga dinasihatk­an untuk membawa meja dan kerusi mudah alih serta bahan mewarna sendiri untuk peraduan ini.

 ??  ?? SERONOK: Kanak-kanak sedang bermain permainan O-som pada parti minum petang di Everrise Batu 4 di Kuching semalam.
SERONOK: Kanak-kanak sedang bermain permainan O-som pada parti minum petang di Everrise Batu 4 di Kuching semalam.
 ??  ?? JOM KUNJUNGI: Kunjungi ‘Little Cuddles Fair’ di Everrise Batu 4 di Kuching yang akan berakhir pada hari ini.
JOM KUNJUNGI: Kunjungi ‘Little Cuddles Fair’ di Everrise Batu 4 di Kuching yang akan berakhir pada hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia