Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin masyarakat harus turun padang bantu bangun kawasan

-

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang mengingatk­an setiap pemimpin masyarakat di sini supaya terus melaksanak­an tanggungja­wab untuk membangun dan memajukan kampung, taman perumahan serta rumah panjang masingmasi­ng.

Beliau berkata, pemimpin masyarakat yang memegang peranan sebagai temenggung, penghulu, tuai rumah, ketua kampung, kaunselor dan sebagainya perlu kerap kali turun padang bersama-sama pemimpin negeri, di samping selalu mengadakan perbincang­an dengan masyarakat dalam kawasan masing-masing.

“Melalui perbincang­an yang diadakan, ia memu- dahkan segala proses perancanga­n pembanguna­n yang akan dibangunka­n di kawasan masing- masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Majlis Makan Malam anjuran Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Siti Amid, Jumbit Melugu Scheme, Sri Aman bertempat di Dewan Suarah di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, melalui perbincang­an bersama pemimpin di setiap kampung, taman perumahan dan rumah panjang, semua maklumat berkenaan dengan pembanguna­n dan masalah timbul di setiap rumah panjang akan dapat diperolehi.

“Kita tidak mahu, per- ancangan murni kerajaan dalam sesebuah kawasan tergendala atau ditarik balik kononnya tidak mendapat restu daripada penduduk di kawasan berkenaan atau rakyat sehingga boleh merugikan masyarakat sendiri,” katanya.

Beliau turut menyaranka­n dan berharap agar semua pemimpin tempatan dapat memastikan rakyat terus menyokong kerajaan serta pemimpin sedia ada supaya semua projek pembanguna­n yang dirancang dan akan dilaksanak­an berjalan dengan lancar dan teratur.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas ( JASA) Sarawak, DUN Bukit Begunan, Jesi Bintoh serta ketua ketua masyarakat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia